ZEW Jerman & PMI EU, Dua Data Yang Akan Mempengaruhi Pergerakan EUR/USD Minggu Ini

ZEW Jerman & PMI EU, Dua Data Yang Akan Mempengaruhi Pergerakan EUR/USD Minggu Ini

EUR/USD mengekalkan momentum bullish pada hari Isnin selepas berjaya melepasi zon resistance 1.13 buat pertama kali sejak 26 Mac yang lalu. Data d

Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?
Preview Laporan Pekerjaan UK: Apakah ‘Menjual’ GBP/USD Pilihan Terbaik?

EUR/USD mengekalkan momentum bullish pada hari Isnin selepas berjaya melepasi zon resistance 1.13 buat pertama kali sejak 26 Mac yang lalu.

Data dagangan Jerman yang lebih baik serta penurunan output industri yang lebih kecil pada minggu lepas telah memberi sokongan kepada pemulihan euro dan sehingga jam 5.35 petang, EUR/USD masih didagang tinggi, naik 0.12% ke paras 1.1315

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh Eropah tidak cukup untuk pasaran optimis dengan kedudukan euro.

Ketegangan hubungan perdagangan antara EU dan AS memuncak selepas Presiden Trump mengancam untuk mengenakan tarif berjumlah $11 billion ke atas isu subsidi Airbus.

Bagi membalas ancaman tersebut, EU kini sedang menyiapkan senarai tarif ke atas barangan AS yang bernilai $22 billion.

WTO masih belum memutuskan secara rasmi sebarang denda kepada EU, namun jika hal ini berlaku atau AS menguat kuasakan tarif ke atas EU, kedua-dua keputusan ini akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi Eropah, termasuk matawang euro.

Fokus para pelabur Eropah pada minggu ini adalah data tinjauan ZEW Jerman dan juga PMI Zon Eropah.

Bank pusat menyedari risiko yang sedang berlaku dan sekiranya kedua-dua data di atas melemah, angka ini akan menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat dan EUR/USD berpotensi untuk jatuh menguji harga $1.10.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: