Yen Tidak Berubah Menjelang Sidang Media BOJ

Yen Tidak Berubah Menjelang Sidang Media BOJ

BOJ seperti jangkaan telah mengekalkan kadar faedah mereka rendah pada paras -0.1% pada pagi tadi dan turut mengekalkan sasaran mereka pada paras 0% b

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

BOJ seperti jangkaan telah mengekalkan kadar faedah mereka rendah pada paras -0.1% pada pagi tadi dan turut mengekalkan sasaran mereka pada paras 0% bagi tempoh 10 tahun akan datang. BOJ juga tidak berubah pandangan bahawa ekonomi berkembang secara sederhana walaupun ketegangan perang perdagangan boleh mencetuskan risiko pada ekonomi global.

Sidang media BOJ akan berlangsung pada jam 2 petang sebentar lagi. Kuroda dijangka tidak akan memberikan sebarang komen tentang polisi bank pusat Jepun ini, namun sebarang komen yang mampu untuk memberikan sedikit gambaran hala tuju mereka boleh menjadi pemangkin kepada Yen untuk mengukuh.

Respon Kuroda terhadap perang dagangan sangat penting dalam sidang media nanti. Sejak “Trade War” bermula, Yen telah ditekan oleh Dolar AS yang kini seakan mula merampas takhta sebagai “safe haven” apabila turut membenam Emas ke paras yang rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: