Yen Tertekan Dengan Perkembangan Positif Sidang Kemuncak AS-Korea Utara

Yen Tertekan Dengan Perkembangan Positif Sidang Kemuncak AS-Korea Utara

Dollar naik ke paras tertinggi tiga minggu lalu berbanding yen pada hari Selasa, dipandu oleh harapan pertemuan Trump dan Kim di Singapura dapat mered

Pound Sterling: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016
USD Indeks: Pandangan Minggu Hadapan 27/02-03/02/2017

Dollar naik ke paras tertinggi tiga minggu lalu berbanding yen pada hari Selasa, dipandu oleh harapan pertemuan Trump dan Kim di Singapura dapat meredakan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara tersebut.

Sidang kemuncak yang bersejarah ini memperlihatkan kesungguhan ketua kedua-dua negara untuk mengurangkan konflik serta menamatkan program nuklear di semenanjung Korea.

USD/JPY melonjak 0.17% ke paras 110.22 setakat jam 10.30 pagi.

Permintaan yen sebagai salah satu instrumen safe haven yang sentiasa menjadi pilihan ketika ketidaktentuan pasaran dilihat semakin lemah pada sesi Asia, didorong oleh optimis pelabur terhadap hasil positif yang akan dicapai oleh Trump dan Kim pada hari ini.

Selain itu, dollar juga mengukuh dengan jangkaan Fed akan mengumumkan peningkatan kadar faedah pada hari Khamis.

Menjelang keputusan tersebut, fokus pelabur kini tertumpu kepada laporan indeks inflasi CPI pada malam ini bagi mengukuhkan jangkaan untuk melihat pengetatan dasar yang lebih agresif serta perubahan pada dotplot rate hike Federal Reserve kepada empat kali tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: