Yen Melonjak, USD/JPY Menjunam Lebih 200 Pips, Ini Sebabnya!

Yen Melonjak, USD/JPY Menjunam Lebih 200 Pips, Ini Sebabnya!

Yen melonjak naik pada hari Khamis berbanding matawang utama yang lain, menembusi paras support teknikal berikutan risiko pertumbuhan global telah men

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
Preview News Penting Buat EUR & USD: 27/08/2019

Yen melonjak naik pada hari Khamis berbanding matawang utama yang lain, menembusi paras support teknikal berikutan risiko pertumbuhan global telah mendorong para pelabur untuk memindahkan pelaburan mereka ke dalam aset-aset safe haven.

Sentimen negatif pelabur terus meningkat apabila syarikat Apple Inc mengeluarkan amaran berkenaan hasil jualan yang bakal diperoleh, meningkatkan kebimbangan terhadap permintaan global yang beransur lemah.

Apple telah menurunkan jangkaan mereka bagi suku tahun yang terkini, menegaskan bahawa jualan iPhone di China semakin perlahan.

Laporan ini dikeluarkan sejurus hasil tinjauan pada hari Rabu yang lalu menunjukkan aktiviti perkilangan di China dan Eropah semakin merosot pada bulan Disember yang lepas.

Pada awal sesi dagangan Asia, dollar telah jatuh mencecah paras terendah sejak Mac 2018 yang lalu berbanding yen, didagang pada harga 1.50 sebelum berjaya mengurangkan sebahagian kerugiannya menjelang pembukaan pasaran Eropah.

Tindakan pelabur memindahkan modal mereka ke dalam yen telah menyebabkan USD/JPY kekal hampir 200 pips di bawah pembukaan harga hari Khamis, didagang sekitar paras 106.88 setakat jam 2.20 petang.

Kejatuhan mendadak tercetus akibat aliran stop-loss yang besar daripada para pelabur yang meletakkan posisi short dalam dagangan mereka beberapa bulan yang lalu.

Dalam keadaan kecairan yang sedikit dan pasaran Jepun masih tutup selepas sambutan tahun baru telah menambahkan lagi pergerakan yang mendadak.

Ahli ekonomi melihat ‘flash crash’ yang terjadi di antara matawang utama dan yen pada hari ini dipandu oleh faktor teknikal, bukannya fundamental.

Nilai Yen terlalu rendah dan akan dikuatkan sekiranya dollar melemah. Di samping itu para pelabur turut menarik semula jangkaan untuk melihat ekonomi akan kembali stabil pada tahun 2019, meneruskan correction risk-off yang telah dipamerkan pada akhir tahun 2018.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: