Yen Melonjak Pagi Tadi? Ini Sebabnya

Yen Melonjak Pagi Tadi? Ini Sebabnya

Awal pagi tadi, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer secara rasmi mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif lebih lanjut terhadap b

Pengeluaran Industri Jepun Merosot
ANALISA TEKNIKAL CADJPY H1

Awal pagi tadi, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer secara rasmi mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif lebih lanjut terhadap barangan import yang bernilai $200 bilion daripada negara China. Pegawai terbabit turut berkata AS sedang meningkatkan ketegangan perang perdagangan ini.

Tarif yang baharu ini bakal dikenakan terhadap pelbagai produk daripada ikan sehingga ke bagasi tambahan ke atas dua barangan yang lain dan yang pasti akan berhadapan dengan ancaman balas dari Beijing. Namun, tiada rundingan telah dijadualkan buat masa ini dan tarif terbaru ini tidak akan dilaksanakan sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 bulan lagi.

Negara ekonomi kedua terbesar dunia itu dikatakan akan mempertimbangkan tindakan balas sekiranya pentadbiran Trump tetap mengenakan tarif tambahan ini terhadap China. Beijing sebelum ini telah bertindak balas terhadap AS dengan mengenakan 25% tarif kepada barangan daripada negara itu meliputi makanan laut, kacang soya dan kereta.

Matawang “Anti Risiko” Yen melonjak awal pagi tadi menekan kesemua matawang utama dunia yang lain, namun pasaran kembali ‘risk on’ pada sesi dagangan Asia. Dolar Australia dan New Zealand adalah yang paling teruk terkesan. China yang merupakan rakan dagang terbesar dua buah negara ini dilihat turut bakal merisikokan kerancakan ekonomi mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: