USDCHF peluang untuk Swing Sell jangka masa sederhana pendek?

USDCHF peluang untuk Swing Sell jangka masa sederhana pendek?

USDCHF merupakan pasangan Matawang hantu” yang pernah membuatkan Broker Forex jatuh muflis. Minggu lepas USDCHF telah ditutup niaga pada paras terting

Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?
Harga Emas Terus Mencatatkan Kejatuhan.

USDCHF merupakan pasangan Matawang hantu” yang pernah membuatkan Broker Forex jatuh muflis. Minggu lepas USDCHF telah ditutup niaga pada paras tertinggi bagi tahun 2018. Secara kasar USDCHF seolah-olah sudah bersedia untuk turun. Mari kita lihat analisa penuh bagi USDCHF ini daripada aspek teknikal dan fundamental.

 

Analisa Teknikal

Semenjak “Flash Crash” 11/01/2015 USDCHF gemar bergerak Sideway seperti yang digambarkan dalam rajah. Indikator Stochastic di W1 kini berada dalam posisi Overbought dan harga kini sedang bermain-main berhampiran SBR 1.00540 dan 1.00985. Minggu lepas terdapat pembentukan CSR Bearish Engulfing  di W1. Ini memungkinkan bahawa USDCHF sudah boleh mula difikirkan untuk dijual untuk sementara waktu secara swing bagi jangka masa sederhana pendek.

 

Rujukan lebih lanjut di USD Indeks atau DXY yang menyukat kekuatan Dolar AS juga menunjukkan DXY di W1 berada di kedudukan Overbought juga. Dijangkakan USD indeks akan melakukan pembetulan pasaran ke paras angka lebih rendah sebelum terus menokok.

 

Risiko Fundamental Daripada SNB

Swiss National Bank atau SNB merupakan Bank Pusat yang paling gemar membuat Intervention atau campur tangan dalam pasaran matawang bagi menstabilkan nilai matawangnya CHF. SNB berpendapat nilai CHF tidak boleh terlampau mahal atau terlalu murah bagi kepentingan sektor eksportnya. Apabila SNB campur tangan dalam pasaran matawang, nilai CHF boleh melemah atau menguat secara perlahan-lahan tanpa ada tertiban data berkala makroekonomi.

 

Cadangan posisi dalam dagangan?

Saya berpendapat adalah USDCHF boleh dijual secara swing bagi jangka masa sederhana pendek sehingga RBS signifikan di 0.95200 ataupun 0.94730. Sebarang posisi jualan bagi swing ini adalah dinasihatkan dengan meletakkan Stop Lost sedikit di atas paras SBR 1.00540 hinggalah 1.00985.

 

Wallahualam..

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: