USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

Ulasan Minggu Lalu USDCAD ditutup kukuh minggu lepas kerana kecelaruan NAFTA yang timbul semula. Loonie bermula dengan baik berbanding Dolar AS Isn

Indeks USD Terus Meningkat, Rekod Paras Tertinggi Tahunan Yang Baru
Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 08/05/2018

Ulasan Minggu Lalu

USDCAD ditutup kukuh minggu lepas kerana kecelaruan NAFTA yang timbul semula. Loonie bermula dengan baik berbanding Dolar AS Isnin lepas, dan meneruskan momentum ke bawah sehingga hari Rabu. Namun kecelaruan NAFTA yang timbul semula membuatkan jualan Loonie kembali masuk ke pasaran. OHLC W1 tercatat dengan 1.30126, 1.30874, 1.28864, 1.30411.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Agak meriah dengan data berkala ekonomi daripada Kanada minggu depan. 3 data berimpak tinggi akan diterbitkan iaitu Trade Balance, Employment Change, dan Unemployment Rate. Rabu pula akan menyaksikan BOC membuat penetapan kadar faedahnya dan dijangkakan tiada perubahan pada angka 1.50%. BOC Overnight Rate akan datang bersama BOC Rate Statement jam 10 malam waktu Malaysia. Kali terakhir BOC menaikkan kadar faedahnya adalah 11 Julai 2018 iaitu bulan lepas. Sebarang nada Hawkish dijangka dapat membuatkan USDCAD kembali meneruskan trend Bearishnya.

 

Beralih ke AS minggu hadapan, minggu depan merupakan minggu NFP daripada Washington. Namun sebelum itu terdapat 3 data makroekonomi berimpak tinggi yang menarik akan diterbitkan iaitu ISM Manufacuring PMI, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Non-Manufacturing PMI. ADP Non-Farm Employment boleh dikatakan boleh membayangi apakah keputusan Jumaat NFP nanti. Sebarang impak positif daripadanya mungkin boleh diteruskan kepada Jumaat nanti  dan USDCAD boleh terus meningkat tinggi

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul. Tambahan buat USDCAD adalah isu NAFTA yang masih belum dimuktamadkan.

 

Teknikal Ringkas

Pemerhatian awal di W1 mendapati minggu lepas seakan-akan 1 CSR Bullish Pinbar sudah terbentuk. 1 Confirmation diperlukan bagi meneruskan belian dalam dagangan jika berpandukan W1 sahaja.

Penelitian lanjut di D1 mendapati USDCAD sebenarnya sedang bergerak dalam 1 Descending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. SBR terdekat adalah di 1.30875, 1.31160, dan 1.31750. Sebarang kenaikan mungkin hanya akan membuat LH berdasarkan Descending Channel yang dikenalpasti. Jika ianya cuba membuat LL baru di Channel tersebut, RBS yang mungkin diuji semula adalah di 1.29965, 1.29620, dan 1.29240.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: