USD Stabil & Mengukuh Berbanding Yen Pada Hari Isnin

USD Stabil & Mengukuh Berbanding Yen Pada Hari Isnin

Dolar sedikit mengukuh berbanding Yen pada sesi Asia hari Isnin dengan laluan pemotongan cukai AS unding diluluskan ke dalam undang-undang pada minggu

Harga Emas Belegar-Legar Pada Paras Tiga Minggu Terendah
Harga Minyak Meroket Dengan Prospek Gangguan Bekalan Minyak & Permintaan Semakin Meningkat

Dolar sedikit mengukuh berbanding Yen pada sesi Asia hari Isnin dengan laluan pemotongan cukai AS unding diluluskan ke dalam undang-undang pada minggu ini semakin hampir.

USD/JPY berubah ke paras 112.65, naik 0.04% manakala AUD/USD didagang pada paras 0.7651, naik 0.05% didorong oleh kemas kini unjuran ekonomi dan fiskal kerajaan Australia memberi sedikit kejutan kepada pasaran.

Japun pada hari ini mengeluarkan laporan imbangan perdagangan dengan menunjukkan lebihan meningkat sebanyak ¥113 billion berbanding jangkaan defisit -¥55 billion. Dalam laporan berasingan, China mengatakan bahawa harga rumah untuk bulan November meningkat ke paras 5.1%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matwang lain walau bagaimanapun secara keseluruhannya sedikit menyusut ke paras 93.36, jatuh 0.11% pada jam 3 petang.

Masafumi Yamamoto, ketua strategi matawang daripada Mizuho Sekuriti berkata “AS akan berhadapan dengan penutupan kerajaan sekiranya mereka tidak berjaya menangguhkan urusan perbelanjaan sehingga 22 Disember. Dengan bill cukai yang dijangka akan diluluskan, penutupan kerajaan turut dilihat dapat dielakkan. Kedua-dua perkara ini perlu diselesaikan sebelum dollar meneruskan peningkatan”.

Selain itu, Presiden FPG Sekuriti Tokyo, Koji Fukaya berkata, “Selagi hasil-bon US tidak meningkat, dollar tidak akan berjaya meneruskan kenaikan. Pasaran ketika ini hanya melihat dua kali rate hike oleh Fed pada tahun hadapan berbanding tiga kali seperti yang diunjurkan oleh mereka”

Tambah beliau “Pasaran bon memerlukan data atau maklumat yang lebih meyakinkan untuk melihat tiga kali rate hike pada tahun 2018”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: