USD: Purata Pendapatan VS Jumlah Pekerjaan NFP

USD: Purata Pendapatan VS Jumlah Pekerjaan NFP

Laporan Non-Farm payrolls (NFP) AS dijangka melaporkan penambahan sekitar 189,000 pekerjaan ke dalam ekonomi sementara purata pendapatan perjam diliha

Preview BoE Rate: Dilema Brexit, Apakah Bullish Pound Masih Ada Harapan?
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/08-31/08/2018

Laporan Non-Farm payrolls (NFP) AS dijangka melaporkan penambahan sekitar 189,000 pekerjaan ke dalam ekonomi sementara purata pendapatan perjam dilihat meningkat pada kadar yang sederhana sekitar 0.2%

Data ADP pada hari Rabu lalu menunjukkan jumlah penambahan pekerjaan yang positif sekitar 204,000. Manakala indeks PMI ISM Perkhidmatan bulan April yang menjadi indikator penting kepada pertumbuhan pekerjaan menyusut 3 mata berbanding bulan sebelumnya.

Pasaran sebelum ini dikejutkan dengan penurunan besar pada bacaan NFP bulan yang lalu dimana jumlah penambahan pekerjaan merosot lebih rendah berbanding ramalan daripada 193,000 kepada 103,000

Sekiranya tiada peningkatan pada data kajian semula serta data menunjukkan kemelesetan untuk dua bulan berturut-turut, sentimen dollar akan terus melemah.

Kadar pertumbuhan pendapatan sentiasa menjadi fokus utama setiap bulan. Jika bacaan lebih positif berbanding ramalan, angka tersebut dijangka dapat memadam semua kelemahan daripada laporan pekerjaan.

Namun berdasarkan analisis, jika kadar pendapatan pada bulan April hanya meningkat sekitar 0.2% atau ke bawah, angka tersebut tidak mampu menukarkan jangkaan pasaran terhadap inflasi pendapatan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang kini berada pada paras 92.36, naik 0.09% setakat jam 8 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: