USD Menanti Data Jualan Runcit

USD Menanti Data Jualan Runcit

Tumpuan pada minggu ini buat kalendar ekonomi AS pastinya akan terarah kepada terbitan data Jualan Runcit pada malam ini setelah data yang diterbitkan

HSBC Bank : Tiada Kenaikan Kadar Faedah Pada 2016?
Yen Melemah? Ini Sebabnya

Tumpuan pada minggu ini buat kalendar ekonomi AS pastinya akan terarah kepada terbitan data Jualan Runcit pada malam ini setelah data yang diterbitkan pada bulan lalu tampil dengan keputusan yang agak baik. Jualan Runcit pada bulan lalu dijangkakan merosot sedikit kepada 0.3% berbanding pada bulan Mac iaitu sebanyak 0.6%.

Data Jualan Runcit kali ini sangat penting apabila Indeks Harga Pengguna kini sudahpun berada di atas paras 2.0% untuk berada di paras 2.1%. Jika Jualan Runcit masih berada di paras yang tinggi, ia adalah petunjuk awal bahawa kenaikan kadar faedah akan berlaku pada bulan Jun nanti.

Kadar inflasi dijangkakan akan terus meningkat secara sederhana dan mungkin telahpun dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dunia kebelakangan ini.

Jika dilihat pada kadar purata pendapatan pada bulan lalu pula ianya menunjukkan sedikit pengenduran. Kadar pengangguran semakin bertambah baik turun ke paras terendah iaitu 3.9%, memberi gambaran sektor pekerjaan telah hampir kepada kapasiti penuh. Ini juga memungkinkan kepada penurunan Jualan Runcit bagi bulan lalu.

Sebarang terbitan data yang negatif bagi Jualan Runcit pada malam ini akan menjadi penghalang kepada USD untuk meneruskan kenaikan. Selain daripada data Jualan Runcit, jadual ekonomi AS sepanjang minggu ini juga akan diisi dengan dua lagi terbitan data iaitu Perumahan dan Tuntutan Pengangguran.

Pada minggu ini juga beberapa orang pegawai Fed akan memberikan ucapan mereka. Beberapa penekanan dasar dan pendekatan mereka mungkin boleh diperhatikan menjelang minit mesyuarat FOMC pada minggu hadapan. Sebagai rekod, Fed telah mengekalkan kadar faedah mereka pada bulan Mei.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: