USD Masih Mempunyai Ruang Untuk Terus Meningkat?

USD Masih Mempunyai Ruang Untuk Terus Meningkat?

Dollar terus kukuh menghampiri paras tertinggi lima bulan lalu disokong oleh lonjakan hasil bon AS ke puncak tertinggi. Indeks USD yang mengukur ke

Preview News Penting Buat GBP/USD: 13/12/2017
Ramalan Ekonomi Suram, BOE DiJangka Akan Turunkan Faedah Lagi

Dollar terus kukuh menghampiri paras tertinggi lima bulan lalu disokong oleh lonjakan hasil bon AS ke puncak tertinggi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.29% kepada 93.41, melepasi paras tertinggi pertengahan bulan Disember 2017 setakat jam 6.50 petang.

Hasil bon 10-tahun AS pula kekal berada sekitar paras 3.06% selepas merekodkan lonjakan ke paras tertinggi 7-tahun lalu pada 3.095% pada sesi dagangan hari Selasa yang lalu.

Bon 2-tahun yang menjadi indikator kepada Federal Reserve pula berada pada paras 2.58%, semakin hampir ke paras tertinggi Ogos 2008.

Peningkatan dollar dan hasil bon didorong oleh jangkaan bahawa Fed akan mengambil peluang pengukuhan prospek inflasi mengubah pendirian ke arah yang lebih hawkish pada tahun ini.

Price-in pelabur terhadap jangkaan pengumuman rate hike pada pertemuan FOMC bulan Jun hadapan hampir penuh, namun Wall Street masih berdebat apakah bank pusat akan lebih agresif meningkatkan unjuran peningkatan kadar faeadah pada tahun ini.

Perhatian pelabur kini beralih kepada data sektor perumahan yang akan dikeluarkan pada malam ini dengan jangkaan kedua-dua laporan permit perumahan dan housing start akan memaparkan bacaan yang lebih positif berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan USD pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: