USD/JPY Tidak Lagi Menoleh Kebelakang

USD/JPY Tidak Lagi Menoleh Kebelakang

Pasangan matawang USD/JPY dapat mengekalkan peningkatan harian mereka menghampiri zon tertinggi mingguan dan kini masih mencari momentum untuk terus m

Pendakian GBP/USD Kini Menguji 1.3300, Pasaran Semakin Optimis Dengan Penangguhan Brexit
Preview News Penting Bagi EUR & GBP: 19/02/2018

Pasangan matawang USD/JPY dapat mengekalkan peningkatan harian mereka menghampiri zon tertinggi mingguan dan kini masih mencari momentum untuk terus mara ke paras

Permintaan dollar yang terus meningkat telah menyelamatkan USD/JPY untuk keluar daripada paras terendah 109.69

Pengukuhan USD didorong oleh keputusan Presiden Trump untuk tidak mengambil langkah agresif menyekat pelaburan daripada China, yang mana dilihat telah mengendurkan sedikit ketegangan dan konflik dagangan China-AS.

Laporan tersebut telah membawa gelombang baru ke dalam pasaran yang mana telah memulihkan risk-appetite pelabur menjadi pemandu utama untuk USD/JPY kekal bergerak lebih tinggi.

Selain itu, sentimen risk-on turut memulihkan saham-saham Eropah dan AS disamping memberi tekanan kepada Yen Jepun.

USD/JPY kekal stabil di atas paras psikologi 110.00, kini didagang pada harga 110.40, naik 0.31% atau 34 pips setakat jam 11.25 malam.

Pembelian yang berterusan berpotensi mengangkat pasangan matawang ini ke arah zon penawaran 110.70 (R2) kemudian kepada paras 111.00 (R3)

Garisan 110.00 (S1) pula menjadi support terhampir dan jika ditembusi, harga mampu jatuh kepada 109.75 (S2) dan 109.40 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: