USD/JPY: Tanpa Menjejak ¥110, Dapatkah Sasaran ¥114 Menjadi Kenyataan?

USD/JPY: Tanpa Menjejak ¥110, Dapatkah Sasaran ¥114 Menjadi Kenyataan?

USD/JPY berjaya memecahkan zon resistance 112 pada hari Jumaat yang lepas, mencatat harga tertinggi 7-minggu yang lalu didorong oleh pemulihan risk-a

Hari Katalis Bagi Euro-Dolar
USDJPY Melambung Selepas Keputusan BoJ

USD/JPY berjaya memecahkan zon resistance 112 pada hari Jumaat yang lepas, mencatat harga tertinggi 7-minggu yang lalu didorong oleh pemulihan risk-appetite yang berterusan.

Pasaran saham yang jatuh kembali melonjak, mengakhiri dagangan minggu lalu menghampiri paras tertinggi enam bulan lepas.

Begitu banyak ulasan mengenai kemelesetan, ketegangan hubungan perdagangan antara AS-EU, rundingan AS-China yang masih belum tamat serta kebuntuan soft-Brexit diperbahaskan.

Akan tetapi, para pelabur tetap optimis berikutan keuntungan bank masih kukuh dan kebanyakkan daripada mereka yakin bahawa rasangan dasar di luar AS akan membantu mengurangkan kelembapan pertumbuhan ekonomi global.

Pasaran juga kelihatan lega dengan pengesahan Fed untuk tidak meneruskan peningkatan kadar faedah pada tahun ini.

Namun begitu, sehingga kesemua isyarat yang menunjukkan potensi kelembapan di AS akan merebak ke peringkat global dapat diketepikan, pasaran masih dalam keadaan berhati-hati.

Persoalan utama ketika ini apakah trend USD/JPY telah berubah sehingga dapat mensasarkan 114 sebelum turun ke paras 110?

Penganalisis daripada BK Asset Management Kathy Lien berkata, “Kami skeptikal dengan peningkatan ini kerana pertumbuhan AS semakin perlahan dan bank-bank pusat masih dalam kebimbangan”.

Beliau menambah, “Presiden Fed Bullard melihat mesyuarat pada bulan Mac menjadi bulan terakhir untuk menamatkan normalisasi dasar dan ingin memansuhkan perkataan ‘bersabar’ daripada kenyataan dasar kerana ianya menunjukkan kecenderungan kepada pengetatan”.

Menurut data daripada FedWatch daripada CME Group, jangkaan untuk Fed mengumumkan rate cut pada bulan Januari tahun hadapan mencapai 45%

Secara fundamental USD/JPY perlu ke turun ke paras 110 sebelum naik kepada harga 114, namun secara teknikal, kekuatan momentum positif yang ada berpotensi meneruskan pergerakan bullish.

Jika hargat berjaya naik dan menembusi paras 112, perhentian seterusnya akan berada di garisan 113.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: