USD/JPY Semakin Melemah, Turun Menghampiri Paras Terendah Dua Minggu Lalu

USD/JPY Semakin Melemah, Turun Menghampiri Paras Terendah Dua Minggu Lalu

Pasangan matawang USD/JPY memperlihatkan penurunan dua sesi berturut-turut pada hari Khamis, jatuh menghampiri paras terendah dua minggu yang lalu.

Preview News Penting Untuk USD/CAD: 17/11/2017
Selepas 1MDB, StanChart Bank Didenda Lagi oleh MAS

Pasangan matawang USD/JPY memperlihatkan penurunan dua sesi berturut-turut pada hari Khamis, jatuh menghampiri paras terendah dua minggu yang lalu.

Tekanan bearish muncul selepas USD/JPY gagal melepasi resistance penting 109 selepas didorong oleh pullback dollar ke paras tertinggi satu minggu yang lepas.

Tambahan pula, greenback kembali tertekan apabila jangkaan untuk melihat pemotongan kadar faedah Fed yang lebih agresif akhir bulan ini mengakibatkan pengunduran hasil bon AS.

Selain itu, kurangnya perkembangan daripada rundingan perdagangan AS-China turut melemahkan keinginan risiko pelabur, sekali gus meningkatkan permintaan instrumen safe haven seperti Yen.

Data tuntutan insurans pengangguran pada malam ini dilihat akan memberi ransangan kepada dagangan jangka masa pendek pada sesi pasaran Amerika Utara malam ini.

USD/JPY sehingga jam 3.35 petang didagang pada paras 107.75, susut -0.18% dan berpotensi untuk terus bergerak menguji paras terendah dua minggu yang lalu sekitar 107.55

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: