USD/JPY: Risk-On Mood Terus Menguasai Sentimen, ¥108.00 Kini Menjadi Sasaran

USD/JPY: Risk-On Mood Terus Menguasai Sentimen, ¥108.00 Kini Menjadi Sasaran

Risk-on mood masih menguasai sentimen dan berjaya memulihkan hampir kesemua matawang utama sejak pembukaan pasaran yang lalu. Situasi ini turut melem

Beli Emas Tidak Kira Siapa Menang Pilihanraya!
4 News Penting Yang Perlu Anda Ikuti Hari Ini: 12/06/2018

Risk-on mood masih menguasai sentimen dan berjaya memulihkan hampir kesemua matawang utama sejak pembukaan pasaran yang lalu. Situasi ini turut melemahkan permintaan aset-aset dan matawang safe haven yang telah berundur sejak 4 Septmber yang lalu.

Namun begitu, dollar yang juga dikategorikan sebagai matawang paling selamat tetap berjaya menandingi instrumen safe haven yang lain seperti yen dan swiss franc berikutan pemulihan hasil bon AS ke paras yang lebih tinggi dan juga peningkatan pasaran ekuiti AS.

Sehingga jam 3.30 petang, USD/JPY didagang sekitar 107.77 dan mensasarkan harga 108.00, sementara USD/CHF berada di paras 0.9923, mengekalkan momentum bullish yang terbentuk sejak 4 September yang lalu.

Antara faktor yang mengukuhkan keyakinan pelabur sehingga menutup kebimbangan terhadap isu potensi kemelesetan global adalah tindakan bank pusat China (PBoC) menurunkan kadar reserve requirement ratio (RRR) sebanyak 50 mata asas.

Pengumuman tersebut mencatat perubahan yang ketiga dilakukan oleh China pada tahun ini dan meningkatkan spekulasi bahawa mereka akan memperkenalkan lebih banyak ransangan fiskal yang agresif.

Pada hari Jumaat yang lalu, penasihat ekonomi AS Larry Kudlow berkata perbincangan di dalam talian bersama China berakhir dengan baik, dan menjadi salah satu alasan memgekalkan optimis pelabur pada minggu ini.

Walau bagaimanapun, sehingga tarif dan diturun atau dimansuhkan, sebahagian penganalisis melihat ‘kemajuan’ rundingan melalui lisan tetap tidak menjamin sebarang perubahan terhadap outlook.

Akan tetapi jika tajuk-tajuk berkaitan perdagangan AS-China ini kekal positif sehingga mesyuarat Fed minggu hadapan, USD/JPY tetap berpotensi menghadkan kerugian pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: