USD/JPY Membentuk ‘Tripple Bottom’, Apakah Safe Haven Yen Akan Terus Menjadi Pilihan?

USD/JPY Membentuk ‘Tripple Bottom’, Apakah Safe Haven Yen Akan Terus Menjadi Pilihan?

Pasangan matawang USD/JPY telah menguji paras terendah 112.20 buat kali ketiga bulan ini, mengukuh berbanding dollar tiga hari berturut-turut. Perg

Harga Minyak Mentah Didagangkan Stabil Selepas Simpanan Amerika Syarikat Meningkat.
Preview News Penting Buat USD: 27/11/2018

Pasangan matawang USD/JPY telah menguji paras terendah 112.20 buat kali ketiga bulan ini, mengukuh berbanding dollar tiga hari berturut-turut.

Pergerakan ini didorong oleh kelemahan dollar yang ditekan oleh spekulasi negatif menjelang keputusan FOMC yang akan diumumkan awal pagi esok.

Fed dijangka menaikkan kadar faedah pada pertemuan kali ini, namun prospek rate hike bagi tahun 2019 masih belum dapat ditentukan.

Menerusi unjuran kadar faedah yang turut dikenali sebagai ‘dotplot’ menunjukkan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun hadapan.

Namun begitu, ekonomi yang bergerak semakin perlahan sejak musim bunga dan musim panas yang lalu telah mengubah pendirian Fed untuk keluar dalam kitaran pengetatan yang agresif.

Kebanyakkan ahli ekonomi menjangkakan Fed akan menurunkan unjuran rate hike bagi tahun 2019 mereka kepada sekali, dan jika perubahan ini benar-benar berlaku, dollar akan terus dihumban.

Namun, sekiranya Fed memutuskan untuk menurunkan dotplot rate hike 2019 kepada 2 kali, dollar berpotensi kembali ke zon positif.

Sehingga jam 8.10 malam, yen terus menjadi pilihan utama matawang safe haven, didagang sekitar 112.35, susut -0.15%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: