USD/JPY: Kebuntuan Untuk Menentukan Bias Pergerakan Yang Lebih Jelas

USD/JPY: Kebuntuan Untuk Menentukan Bias Pergerakan Yang Lebih Jelas

Pasangan matawang USD/JPY masih kebuntuan untuk mencari arah pergerakan yang lebih kukuh, didagang di dalam julat yang kecil dan kekal di bawah 111.0

Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 22/01/2019
GBP/USD Kecundang, Hard Brexit Semakin Hampir

Pasangan matawang USD/JPY masih kebuntuan untuk mencari arah pergerakan yang lebih kukuh, didagang di dalam julat yang kecil dan kekal di bawah 111.00 pada hari Selasa.

Cubaan USD/JPY untuk keluar daripada paras terendah mingguan terhalang di harga 110.85 dan kini kembali susut ke paras 110.66 setakat jam 3.40 petang.

Hal ini disebabkan oleh penurunan hasil bon AS yang berterusan sehingga menyebabkan tekanan ke atas dollar.

Selain itu, yen turut menjadi pilihan utama apabila Trump mengancam China dengan penguatkuasaan tarif jika perjanjian perdagangan belum berjaya dicapai.

Tekanan terhadap isu perdagangan walau bagaimanapun semakin reda apabila rundingan antara pegawai tertinggi bagi kedua-dua buah negara tetap diteruskan di Washington pada minggu ini.

Keadaan ini juga telah menghadkan pengunduran dan menyebabkan USD/JPY kekal dalam fasa naik dan turun sebelum dapat membentuk arah pergerakan bearish dalam masa yang terdekat.

Berakhirnya data penting daripada Australia pada hari ini, dinamik dollar kembali menjadi fokus bagi sentimen risiko yang mana akan menjadi penentu kepada pembentukan momentum yang akan terhasil pada setiap pasangan matawang dollar.

Secara teknikal, USD/JPY berpotensi menguji support 109.70 bagi tempoh dagangan jangka masa pendek.

Outlook bearish pula akan kembali neutral jika USD/JPY tutup di atas harga 111.35, namun sebahagian penganalisis melihat hal ini mungkin tidak akan berlaku disebabkan oleh isyarat berlakunya risk aversion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: