USD/JPY Jadikan 105.00 Sebagai Batu Loncatan, Melonjak Lebih 90 Pips Pada Hari Selasa

USD/JPY Jadikan 105.00 Sebagai Batu Loncatan, Melonjak Lebih 90 Pips Pada Hari Selasa

Negativiti pada pengunduran hasil bon telah merebak sepanjang sesi Asia dan Eropah yang lalu dengan hasil bon 10-tahun AS jatuh ke paras 1.62% sement

BNM: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 4.8%
Trump Mungkin Kehilang Export Minyak Bernilai $1 Billion Sebulan Dengan Tarif Terbarunya. Harga Minyak Terus Merosot .

Negativiti pada pengunduran hasil bon telah merebak sepanjang sesi Asia dan Eropah yang lalu dengan hasil bon 10-tahun AS jatuh ke paras 1.62% sementara ekuiti mengukiti jejak ‘merah’ saham Wall Street semalam.

Kebimbangan terhadap potensi kemelesetan ekonomi global akibat konflik perdagangan AS-China yang berlanjutan telah melemahkan sentimen.

Selain itu, keyakinan para pelabur juga kian merosot dengan meningkatnya potensi hard Brexit disamping bank-bank pusat utama kini sedang bersiap sedia mengumumkan ransangan-ransangan yang baru bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Risk-off yang mendominasi sentimen para pelabur telah meningkatkan aliran masuk matawang safe hanve Yen pada dua sesi yang lepas, sekali gus menekan USD/JPY untuk menguji kembali support penting di paras 105.05

Namun begitu, penguasaan bearish USD/JPY terhenti pada sesi AS apabila bacaan indeks CPI Teras AS pada bulan lalu naik melebihi jangkaan, memberi sokongan kepada pembelian dollar.

USD/JPY melonjak lebih 90 pips dan didagang sekitar 106.00 setakat jam 9.50 malam.

Secara teknikal, USD/JPY berjaya menjadikan 105.05 sebagai batu loncatan dan untuk kekal dalam pembetulan bullish, pasangan matawang ini perlu kekal di atas resistance di paras 105.60 (R1)

Jika harga tersebut berjaya ditawan, USD/JPY mampu naik melebihi paras 106.00 (R2) dan 106.40 (R3).

105.00 (S1) pula kekal menjadi support terhampir yang paling signifikan. Jika berjaya ditembusi, harga berpotensi susut ke paras 104.75 (S2), kemudian ke paras 104.30 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: