USD Jatuh Lagi? Ini Sebabnya!

USD Jatuh Lagi? Ini Sebabnya!

Kisah paling hangat di dalam pasaran semalam adalah perjanjian perdagangan Presiden Trump bersama Mexico yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pi

Apakah Penamat Lawatan Kontroversi Trump Di Eropah?
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/11 hingga 02/12

Kisah paling hangat di dalam pasaran semalam adalah perjanjian perdagangan Presiden Trump bersama Mexico yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak.

Laporan ini telah menyebabkan lonjakan mendadak saham S&P 500 ke paras tertinggi yang baru serta menolak naik kesemua matawang utama yang lain.

Sell-off besar-besaran dollar telah menyebabkan indeks USD kembali ke paras terendah tiga minggu lalu, susut 0.43% kepada 94.67 mata.

Para pelabur berharap agar perjanjian bersama Mexico ini menjadi langkah pertama kepada Trump untuk memulakan pendekatan yang sama terhadap negara-negara yang lain.

Ketegangan perdagangan di peringkat global menjadi salah satu faktor terbesar terhadap ketidaktentuan pasaran kewangan pada tahun ini, sehingga menyebabkan sentimen risk-off terus menguasai pasaran dan menolak naik indeks USD ke paras tertinggi 15-tahun yang lalu.

Namun begitu, kejayaan Mexico menamatkan konflik hubungan perdagangan dua hala bersama AS pada hari Isnin lalu telah menyebabkan kebanyakkan pelabur melepaskan pegangan dollar mereka dengan harapan perkara ini dapat diikuti oleh kebanyakkan negara yang lain.

Jika Kanada dapat bersama-sama Trump menggubal perjanjian NAFTA yang baru pada minggu ini, kesemua matawang utama yang lain akan terus bangkit manakala USD pula akan terus menurun ke paras yang lebih rendah.

Tanpa sebarang laporan penting ekonomi daripada AS pada minggu ini, tajuk-tajuk yang berkaitan perdagangan dilihat terus memandu aliran keluar dan masuk di dalam pasaran. Oleh itu, data keyakinan pengguna pada hari ini dijangka hanya dapat memberi impak yang kecil kepada greenback.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: