USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 29/06-02/06/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 29/06-02/06/2017

Ulasan Minggu Lalu Minggu lalu USD Indeks telah ditutup sedikit kukuh secara keseluruhannya. OHLC W1 tercatat sebagai 97.038, 97.443, 96.672, 97.32

AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

Ulasan Minggu Lalu

Minggu lalu USD Indeks telah ditutup sedikit kukuh secara keseluruhannya. OHLC W1 tercatat sebagai 97.038, 97.443, 96.672, 97.325. Ini dilihat positif setelah jualan besar-besaran Dolar AS sejak 2 minggu lalu. Secara teknikal harga penutupan pasaran minggu lalu terhenti di 88.6% Fibonacchi Retracement bagi kenaikan bermula 09/11/2017 hingga 03/01/2017.

 

Makroekonomi Ringkas Minggu Hadapan

Minggu hadapan merupakan minggu NFP daripada AS. Pada Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia, data NFP bersama Data Purata Gaji per Jam dan Kadar Tidak Bekerja akan diterbitkan. Sentimen positif daripada data NDP ini sudah semestinya akan membuatkan Dolar mengukuh. Selain Jumaat NFP, Selasa dan Khamis juga akan menyaksikan terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu CB Consumer Confidence, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Manufacturing PMI. Kebiasaannya data ADP-NFP boleh memberikan bayangan awal data NFP hari Jumaat nanti. Bank di AS akan bercuti pada hari Isnin bersempena Memorial Day.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan politik daripada AS sejak beberapa minggu lalu yang dicetuskan Trump telah masih menghantui pasaran. Pasaran juga masih dalam keadaan tunggu dan lihat sementara menantikan keputusan kenaikan kadar faedah daripada FOMC kelak.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Indikator Stochastics di D1 dan W1 sudah Crossing Up yang membawa maksud ada kemungkinan USD Indeks sudah mula beralih arah ke arah lebih tinggi. Sebarang pengukuhan USD Indeks mungkin singgah pada SBR di 97.50, 98.00 dan 98.50. Jika paras USD Indeks berjaya tutup dia atas paras 98.500, ada sedikit kemungkinan ianya akan terus naik lebih tinggi. Paras 88.6 FR seperti yang dinyatakan pada perenggan pertama boleh dijadikan paras rujukan sama ada USD Indeks akan terus terjun ke paras RBS. RBS terhampir adalah di 97.00, 96.50 dan 96.00.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: