USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 27/03-31/03/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 27/03-31/03/2017

Jualan Dolar AS sejak 3 minggu lalu berterusan minggu lepas. Secara amnya Dolar AS lemah berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. USD Indeks telah

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/03-31/03/2017
Kiwi VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Jualan Dolar AS sejak 3 minggu lalu berterusan minggu lepas. Secara amnya Dolar AS lemah berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. USD Indeks telah menutup pasaran minggu lalu pada harga 99.525 dengan CS W1 Bearish buat 3 minggu berturut-turut. OHLC W1 tercatat sebagai 100.10, 100.243 99.318, 99.525.

 

Penyusutan USD Indeks minggu lalu secara amnya berterusan kerana para pelabur masih ragu-ragu dengan polisi ekonomi yang akan dibawakan Trump dan penerusan nada Dovish kenaikan kadar faedah daripada FOMC. Undian cadangan program yang baru kesihatan yang akan menggantikan Obamacare juga tidak memihak kepada Trump juga dilihat sebagai salah satu faktor kelemahan Dolar AS.

 

Minggu hadapan Cuma terdapat 3 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada US akan diterbitkan iaitu CB Consumer Confidence, FInal GDP q/q, dan Unempoyment Claims . Sebarang sentimen data positif daripada data-data ini pastinya akan melegakan sentimen jualan Dolar AS sejak 3 minggu lalu. 6 ucapan ahli FOMC bermula daripada hari Selasa akan mewarnai ketidaktentuan jual beli Dolar. Ucapan-ucapan ini walaupun hanya berimpak sederhana, namun elemen kejutan juga harus kita perhatikan. Nada yang Hawkish daripada ahli-ahli FOMC dijangkakan akan melegakan tekanan jualan Dolar AS.

 

Secara teknikal, USD Indeks telah jatuh di bawah paras psikologi 100.000 yang mana paras ini merupakan paras penentu sentimen jualan atau belian Dolar dalam jarak masa dekat atau sederhana panjang. Harga penutupan minggu lalu begitu hampir dengan Support 99.500 yang mana Support seterusnya terlatak di 99.100 dan 98.500. Jika USD indeks melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih tinggi, paras SBR yang perlu diperhatikan adalah 100.00 dan 100.700.Harga tutup minggu sudah berada di bawah 23.6% FIbonachi Retracement bagi kejatuhan sejak 03/01/2017.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadang-kala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: