USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 20/03-24/03/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 20/03-24/03/2017

Setelah membentuk CS Shooting Star dua minggu lalu, minggu lepas menyaksikan USD Indeks jatuh menjunam ke paras 100.02 dan membentuk sebatang CS W1 Be

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/14-07/04/2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05-09 Disember

Setelah membentuk CS Shooting Star dua minggu lalu, minggu lepas menyaksikan USD Indeks jatuh menjunam ke paras 100.02 dan membentuk sebatang CS W1 Bearish. OHLC W1 dicatatkan sebagai 101.34, 101.66, 99.67, 100.02. Harga USD Indeks pada penutupan pasaran New York Jumaat lepas merupakan terendah sejak 5 minggu.

 

Isnin dan Selasa menyaksikan USD indeks diniagakan hampir tidak berubah. Namun Dolar yang dijual besar-besaran selepas FOMC menaikkan kadar faedah membuatkan USD indeks terus menyusut hinggalah minit-minit terakhir New York. Dolar AS dijual selepas FOMC menaikkan kadar faedah berkemungkinan besar kerana kurang atau hampir tiada Forward Guidance daripada FOMC.

Kadar Faedah Fed : Dollar Dibunuh Oleh “Jerung” dan “Abang Besar”

 

Minggu hadapan, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu Unemployment Claims dan Core Durable Goods Orders m/m. Selain Fed Chair Yellen yang akan berucap Khamis jam 8.30 malam waktu Malaysia minggu hadapan, 5 orang ahli FOMC juga akan berucap pada hari Selasa dan Jumaat. Yellen akan membuat ucapan aluan pembukaan Persidangan Federal Reserve System Cummunity Development Research di Washington. Juga tidak dilupakan Presiden AS, Donald Trump dijadualkan berucap hari Selasa malam di Luisville. Ucapan Trump sering kali memberikan impak kepada pasaran kerana personaliti Trump yang sukar diduga.

 

Merujuk kepada aspek teknikal, harga penutup pasaran minggu lepas berada terlalu hampir dengan paras Support Psikologi 100.00 dengan Support  seterusnya di harga 99.50 dan 99.10. Juga harga tutup minggu berada kurang 23.6% kejatuhan sejak 03/01/2017. Resistant terhampir berada di 100.70 dan seterusnya 101.30. USD indeks juga telah berjaya membuat Breakout ke bawah Upwards Channel seperti yang terdapat dalam rajah di bawah.

 

“Usah ditanya di mana rakan sewaktu ditimpa musibah, tanyalah di mana kita sewaktu rakan ditimpa musibah”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: