USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 27/08-31/08/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 27/08-31/08/2018

Ulasan Minggu Lalu Buat 2 minggu berturut-turut DXY atau USD Indeks ditutup lemah. Kelemahan Dolar ini mungkin disebabkan oleh sentimen “Trade War”

Tahap Keselamatan di UK Dipertingkatkan; Pound Stabil Buat Ketika Ini
Ketidaktentuan Brexit Kembali Menghimpit, Apakah May Akan Menangguhkan Tarikh Undian?

Ulasan Minggu Lalu

Buat 2 minggu berturut-turut DXY atau USD Indeks ditutup lemah. Kelemahan Dolar ini mungkin disebabkan oleh sentimen “Trade War” AS dan China yang sudah mula reda dengan dikaburi oleh serangan Ekonomi AS terhadap Turki. OHLC DXY minggu lepas dicatatkan sebagai 96.01, 96.30, 94.83, 95.04.

 

Sentimen Pasaran Ringkas Minggu Hadapan

Cuma 1 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS minggu depan iaitu Prelim GDP q/q yang akan diterbitkan pada hari Rabu jam 8.30 malam waktu Malaysia. Terdapat 4 data berimpak sederhana juga akan diterbitkan di samping 10 yang berimpak kecil. Jika sentimen yang dibawa oleh data-data ini bersifat negatif, Dolar berkemungkinan besar akan terus dijual sepanjang minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul.

 

Teknikal Ringkas

Semakan indikator Stochastics di W1 ada menunjukkan pembentukan Divergent. Selain itu satu CSR Evening Star telah wujud ada membayangkan Dolar AS akan terus melemah lagi minggu hadapan.

Indikator Stoachastics di D1 kini dalam posisi Oversold. Ini memungkinkan DXY melakukan pembetulan pasaran ke aras lebih tinggi dahulu sebelum menyambung untuk melemah. SBR terhampir di 95.85 dan 95.85. Jika DXY terus turun ke paras lebih rendah mungkin cenderung singgah di RBS 93.90, 93.20 dan 92.36. Bagi penjual DXY, anda dinasihati mengawal risiko anda dengan baik kerana secara keseluruhan DXY masih lagi berada dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: