USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 25/09-29/09/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 25/09-29/09/2017

Ulasan Minggu Lalu DXY atau USD Indeks ditutup sedikit kukuh minggu lalu secara amnya. Penutupan DXY ini adalah di atas paras RBS jangka masa panja

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/02-03/02/2017

Ulasan Minggu Lalu

DXY atau USD Indeks ditutup sedikit kukuh minggu lalu secara amnya. Penutupan DXY ini adalah di atas paras RBS jangka masa panjang 91.88. OHLC W1 dicatatkan adalah 91.92, 92.49, 91.22, 91.96. Minggu lepas juga secara amnya nada Hawkish yang dibawakan Feds Chair Yellen telah mendorong Dolar AS dibeli dan memberikan peluang DXY melakukan pembetulan pasaran di sebalik tekanan jualan hebat Dolar sejak akhir-akhir ini.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 25/09-29/09/2017

Boleh dikatakan meriah dengan terbitan data berkala makroekonomi daripada AS minggu hadapan. Data demi data berkala akan diterbitkan bermula Selasa. Namun dijangkakan tumpuan utama lebih menjurus kepada data berimpak tinggi iaitu CB Consumer Confidence, Core Durable Goods Orders m/m, Final GDP q/q, dan Unemployment Claims. Data-data ini berpeluang memberikan lebih sentimen positif selepas Feds Chair Yellen memberikan nada Hawkish dalam ucapan pasca penetapan kadar faedah FOMC minggu lepas. Feds Chair Yellen juga dijadualkan berucap pada hari Rabu jam 12.45 pagi waktu Malaysia di Cleveland. Ucapan Yellen seperti biasa sangat dinanti atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi FOMC kini. Selain Yellen, beberapa ahli FOMC juga akan berucap sepanjang minggu hadapan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Ucapan-ucapan ini juga dapat memberikan kemeriahan dalam turun naik pasaran.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara dan Donald Trump masih lagi belum reda sepenuhnya dan beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Terkini Korea Utara mengugut akan melakukan ujian Bom Hidrogen di Lautan Pasifik dalam reaksinya terhadap Trump yang membidas Korea Utara secara terus di perhimpunan agung PBB. Sentimen RIsk-Off ini jika hadir dalam pasaran akan membuatkan Dolar pastinya akan menerima tempias besar kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Haven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas 25/09-29/09/2017

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 01/05/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu telah ditutup di atas paras 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 93.24 dan 94.43. Secara amnya selagi DXY belum melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat seperti digambarkan dalam rajah, DXY masih berkemungkinan turun lagi bagi melengkapkan perjalanan Alt Bat. Umumnya USD Indeks sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat.

 

Mengikut analisa BBMA bagi DXY di D1, jelas masih menunjukkan DXY dalam kedudukan Downtrend.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: