USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 15/01-19/01/2018

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 15/01-19/01/2018

Ulasan Minggu Lalu DXY aka USD Indeks ditutup Bearish pada minggu kedua dagangan 2018. Paras penutupan DXY ini adalah di bawah paras FR100 bagi ses

Kebimbangan Lebihan Bekalan Mengakibatkan Harga Minyak Mentah Susut.
Tanpa Katalis Baru, USD/JPY Akan Terus Terperangkap

Ulasan Minggu Lalu

DXY aka USD Indeks ditutup Bearish pada minggu kedua dagangan 2018. Paras penutupan DXY ini adalah di bawah paras FR100 bagi sesi Impulsive Bullish Wave bermula 05/01/2016 hingga 01/01/2017. OHLC W1 minggu lepas tercatat sebagai 91.71, 92.36, 90.68, 90.69. Pergerakan DXY sepanjang minggu boleh dikatakan agak baik walaupun kecairan dalam pasaran belum kembali seperti biasa selepas cuti panjang Krismas & Tahun Baru 2018.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 15/01-19/01/2018

Terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Building Permits, dan Unemployment Claims sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis. Bank AS akan bercuti pada hari Isnin sempena Martin Luther King Day. Sebarang sentimen positif daripada AS dijangka melegakan tekanan jualan Dolar AS sejak minggu lepas.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara.

 

Teknikal Ringkas 15/01-19/01/2018

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 05/01/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu telah ditutup di atas bawah 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 91.88 dan 3.24. Secara amnya selagi DXY belum melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat seperti digambarkan dalam rajah, DXY masih berkemungkinan turun lagi bagi melengkapkan perjalanan Alt Bat. Umumnya USD Indeks sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat.

 

Mengikut analisa BBMA bagi DXY di D1, jelas masih menunjukkan DXY dalam kedudukan Downtrend.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: