USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 04/09-08/09/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Ulasan Minggu Lalu DXY atau USD Indeks ditutup pada paras 92.79 minggu lalu setelah Rebound daripada harga terendah 17 bulan. Sejak bulan Januari,

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05/06-09/06/2017

Ulasan Minggu Lalu

DXY atau USD Indeks ditutup pada paras 92.79 minggu lalu setelah Rebound daripada harga terendah 17 bulan. Sejak bulan Januari, Dolar AS terus berada dalam tekanan jualan yang kuat. CS bulan Ogos yang baru siap Khamis lalu masih lagi ditutup Bearish namun kelihatan tekanan jualan seperti sudah mula perlahan. CS W1 minggu lagu mencatat OHLC 99.31, 93.30, 91.55, 91.79 dengan CSP Bullish.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 04/09-08/09/2017

Minggu hadapan Cuma terdapat 2 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan iaitu ISM Non-Manufacturing PMI dan Unemployment Claims. Data ini berpeluang meredakan tekanan jualan Dolar AS jika sentimen yang dibawanya adalah positif. Selain itu terdapat 5 ucapan ahli FOMC yang dijangka dapat memberikan pengaruh dalam sentimen Dolar AS semasa. Bank di AS akan bercuti pada hari Isnin bersempena Hari Buruh AS dan ini dijangkakan akan membuatkan pasaran sedikit tidak bergerak kerana kurang kecairan Isnin nanti.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, Dolar pastinya akan menerima tempias besar kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas 04/09-08/09/2017

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 01/05/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu sudah menyentuh 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 91.88 dan 90.33 manakala SBR terdekat pula di 93.24 dan 94.43. Secara amnya jika minggu hadapan USD Indeks dapat ditutup di bawah paras 100% Fibonacchi Retracement, USD indeks berpeluang menuju paras 113% pula bagi melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat. Secara kasar USD Indeks juga sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), dan C leg (14.0% FR) bagi pembentukan Harmonic Pattern Alt Bat yang mungkin tamat di D leg di 113% Fibonacchi Retracement  di TF Weekly. Paras 100% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat bagi pembentukan Double Bottom.

 

Semakan lebih lanjut di TF D1, DXY masih lagi mematuhi Descending Channel seperti yang ditunjukkan dalam rajah

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: