USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 03/07-07/07/2017

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Ulasan Minggu Lalu USD Indeks ditutup lemah minggu lepas. OHLC W1 dicatat sebagai 96.92, 97.16, 05.22, 95.44. Harga penutupan minggu lalu merupakan

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017
Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

Ulasan Minggu Lalu

USD Indeks ditutup lemah minggu lepas. OHLC W1 dicatat sebagai 96.92, 97.16, 05.22, 95.44. Harga penutupan minggu lalu merupakan paras terendah buat 10 bulan ke belakang. CS bulan Jun yang telah lengkap juga telah meneruskan penyusutan sejak mencatat harga tertinggi sejak 01/01/2017. Secara amnya ini adalah apa yang Donald Trump mahukan. Trump pernah membuat komen yang Dolar AS terlalu mahal dan ianya tidak bagus untuk dagangan antarabangsa AS.

 

Antara faktor Dolar AS kurang menarik untuk dibeli minggu lalu adalah komen demi komen daripada majoriti ketua bank pusat utama yang sudah merubah pendirian masing-masing bagi mula mengetatkan polisi bank pusat masing-masing. Setakat ini Bank of Canda BOC, Bank of England BOE, dan Central Bank of Europe ECB sedang mendahului pendirian awal akan mula mengetatkan polisi kewangan masing-masing. Juga terdapat cakap-cakap Bank of Japan BOJ juga akan mula melakukan perkara sama dalam masa terdekat.

 

Makroekonomi Ringkas 03/07-07/07/2017

Minggu hadapan merupakan minggu NFP bagi AS. Namun minggu NFP ini akan dimulai dengan ISM Manufacturing PMI pada hari Isnin jam 10 malam waktu Malaysia. FOMC juga akan mengeluarkan Minit Mesyuaratnya yang lalu pada awal pagi Khamis jam 2pagi. Selain itu ADP Non-Farm Employment Change, Unemployment Claims dan ISM Non-Manufacturing PMI juga akan diterbitkan bermula ham 8.15 pada hari yang sama. Jumaat NFP agak menarik kerana selain set data NFP yang diterbitkan, FEDS juga akan mengeluarkan Fed Monetary Policy Report pada jam 11.00 malam. Sebarang sentimen positif melalui data ekonomi daripada AS akan melegakan jualan Dolar AS sejak awal tahun ini.

 

Risiko Pasaran

Dalam kenyataan FED Chair Yellen yang lalu, beliau begitu optimistik dalam menaikkan sekali lagi kadar faedah tahun ini. Pasaran melihat beliau terlalu optimistik mungkin kerana data makroekonomi daripada AS tidak meyakinkan sejak akhir-akhir ini. Sebarang silap percaturan daripada The Feds ditakuti akan membuatkan Dolar AS terus berada dalam tekanan. Mesyuarat Negara G20 yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu minggu hadapan dijangkakan akan memberikan sedikit ketidaktentuan dalam pasaran yang berkemungkinan akan menyebabkan pembetukkan Gap kelak.

 

Teknikal Ringkas 03/07-07/07/2017

Secara teknikal, bagi sesi Impulsive Wave bermula 14/08/2016 sehingga 01/01/2017, kejatuhan sehingga penutupan pasaran minggu lalu sudah menghampiri 88.6% Fibonacchi Retracement. Dengan harga penutupan sudah ditutup di bawah paras 78.6% ini, ada kemungkinan harga akan menuju ke paras 88.6% pula. Jika ini berlaku, ini bermakna USD Dolar Indeks melengkapkan Harmonic Pattern Bearish Bat seperti dalam rajah. Indikator Stochastics di TF Monthly sudah berada dalam posisi Oversold, ini mungkin membuatkan secara teknikal USD Indeks akan melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi. Paras 78.6% (96.14) dan 61.8% (97.78) boleh dijadikan paras rujukan SBR. Paras RBS 100% (94.05) merupakan paras kritikal. Jika harga ditutup di bawah paras SBR ini, USD Indeks akan terus menyusut ke harga lebih rendah lagi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: