USD Indeks: Pandangan Minggu Hadapan 06 – 10 Febuari 2017

USD Indeks: Pandangan Minggu Hadapan 06 – 10 Febuari 2017

USD Indeks kembali menyusut selepas sedikit mengukuh 2 minggu lepas. Di W1 terdapat pembentukan CS Bearish dengan OHLC dicatatkan W1 adalah 100.28, 10

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017
Laporan DXY aka USD Indeks 05/04/2017

USD Indeks kembali menyusut selepas sedikit mengukuh 2 minggu lepas. Di W1 terdapat pembentukan CS Bearish dengan OHLC dicatatkan W1 adalah 100.28, 101.28, 99.19, 99.67. Paras penutupan minggu lalu merupakan yang terendah sejak 8 minggu lalu.

 

Dari aspek data berkala makroekonomi daripada Amerika Syarikat, Cuma terdapat dua data ekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan iaitu Unemployment Claims dan Prelim UoM Consumer Sentiment. Masing-masing akan diterbitkan pada hari Rabu dan Jumaat. Setakat hari ini sentimen pasaran masih lebih cenderung menjual USD kerana pasaran melihat polisi ekonomi Trump masih lagi samar-samar. Tindakan Trump yang menandatangani beberapa arahan eksekutif presiden juga telah banyak dikecam oleh rakyat AS sendiri. Trump juga setakat ini lebih menggemarkan Dolar AS yang lebih murah.

 

Secara teknikal USD Indeks terus menerus mematuhi Downwards Channel seperti dalam gambarajah. Paras Resistant teknikal berada di 100.25 dan 101.00. Penyusutan USD Indeks berkemungkinan besar arah menguji Support teknikal di 99.20 dan 98.60 jika ianya terus menyusut lagi minggu hadapan. Semakan menggunakan Fibonachi Retracement yang diambil daripada kenaikan sejak 09/11/2016 menunjukkan paras penutupan minggu lalu sudah menutup di bawah 50% kenaikan.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: