USD/CAD: Resistance $1.3400 Berjaya Menghalang Pengukuhan Dollar

USD/CAD: Resistance $1.3400 Berjaya Menghalang Pengukuhan Dollar

Dollar Kanada cuba bertahan dengan kebangkitan USD dengan USD/CAD kini kembali berada di paras tertinggi tiga hari yang lalu, didagang sekitar 1.3378

EUR/USD Teruskan Penurunan Secara Beransur-ansur, Ini Sebabnya!
EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

Dollar Kanada cuba bertahan dengan kebangkitan USD dengan USD/CAD kini kembali berada di paras tertinggi tiga hari yang lalu, didagang sekitar 1.3378, naik 58 pips setakat jam 11.35 malam.

Pembetulan harga minyak pada hari ini dengan WTI susut 85 sen atau 1.32% manakala Brent jatuh 42 sen atau 0.59%, dilihat menjadi punca utama kepada kelemahan loonie.

Dua laporan dilihat telah memberi kesan memicu sell-off pasaran minyak. Pertama adalah laporan IEA yang menjelaskan bahawa outlook permintaan minyak mentah akan berhadapan dengan senario yang tidak pasti.

Kedua pula adalah data bekalan minyak mingguan EIA yang melaporkan peningkatan melebihi jangkaan sebanyak 7.3 juta tong pada minggu lalu.

Selain itu, momentum menaik USD/CAD turut didorong oleh peningkatan permintaan greenback apabila bacaan indeks PPI AS meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan dan angka tuntutan insurans pengangguran pula susut ke paras terendah 50 tahun yang lalu.

Peningkatan walau bagaimanapun terhad berikutan dovish Fed masih memberi kesan kepada sentimen manakala jangkaan untuk melihat rate hike Bank Pusat Kanada (BoC) pada bulan hadapan pula semakin berkurangan.

Kini dua perkara yang akan memandu arah pergerakan loonie menjadi perhatian iaitu trend keinginan risiko secara menyeluruh serta dinamik pergerakan harga minyak mentah berdasarkan perkembangan rundingan perdagangan AS-China.

Secara teknikal, harga berpotensi naik menguji paras tertinggi 5 April yang lalu sekitar 1.3405 (R1), kemudian di paras 1.3450 (R2) dan 1.3470 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: