USD/CAD: Paras $1.3300 Sekali Lagi Diuji

USD/CAD: Paras $1.3300 Sekali Lagi Diuji

Pasangan matawang USD/CAD membentuk momentum yang positif pada hari pertama dagangan minggu ini, namun kekal di dalam julat dagangan minggu lalu.

Pra NFP – Apa Anda Perlu Tahu?
AUD/USD U-Turn Lebih 40 Pips, Paras 0.7400 Kini Diuji Semula

Pasangan matawang USD/CAD membentuk momentum yang positif pada hari pertama dagangan minggu ini, namun kekal di dalam julat dagangan minggu lalu.

Data inflasi CPI Kanada yang lebih baik pada hari Jumaat lepas telah menekan USD/CAD ke paras terendah mingguan dan harga tersebut dijadikan support untuk menolak pasangan matawang ini menguji semula paras 1.3300.

Momentum menaik tidak pandu oleh permintaan dollar walaupun hasil bon AS meningkat, akan tetapi lebih terkesan dengan pullback harga minyak mentah WTI.

Selepas berjaya mencatat harga tertinggi bagi tahun 2019, minyak WTI berundur 0.5% kepada $53.87 setong setakat jam 5.30 petang, sekali gus menjadi pendorong utama menaikkan USD/CAD ke paras 1.3290 pada hari ini.

Namun begitu, para pelabur masih memerlukan prospek yang baru untuk terus membentuk momentum bullish melepasi paras 1.3300 dalam keadaan pasaran AS ditutup sempena hari Raja Martin Luther Jr.

Secara teknikal, zon 1.3315/20 perlu ditembusi sebelum meneruskan pergerakan bullish ke paras 1.3345.

Zon support pula berada di paras 1.3240/30 dan harga psikologi 1.3200.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: