USD/CAD Kekal Bearish, Gagal Tembusi Zon $1.3040

USD/CAD Kekal Bearish, Gagal Tembusi Zon $1.3040

Kegagalan USD/CAD untuk menembusi zon 1.3040 selepas data pekerjaan Kanada dikeluarkan telah menyebabkan pasangan mataawng ini berundur 60 pips dan ki

Laporan NFP Mengecewakan, Dollar Berundur Pada Hari Jumaat
Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018

Kegagalan USD/CAD untuk menembusi zon 1.3040 selepas data pekerjaan Kanada dikeluarkan telah menyebabkan pasangan mataawng ini berundur 60 pips dan kini stabil sekitar paras 1.2978 pada jam 9.40 malam.

USD/CAD ini dilihat kekal dengan momentum bearish menjelang pertemuan negara G7 pada hari ini walaupun data pekerjaan Kanada yang mengecewakan.

Laporan menunjukkan ekonomi Kanada hilang 7,500 pekerjaan pada bulan Mei. Angka ini meleset jauh berbanding ramalan yang melihat penambahan 17,500 pekerjaan dan turut mengekalkan penyusutan jumlah pekerjaan untuk dua bulan berturut-turut.

Kadar mereka yang mencari pekerjaan bagi bulan Mei pula jatuh ke paras 65.3% manakala kadar pengagguran kekal di paras 5.8%

Kelemahan data-data diatas walau bagaimanapun tidak memberi kesan yang berterusan kepada USD/CAD berikutan fokus pelabur tertumpu kepada perkembangan mesyuarat negara G7 yang bakal berlansung hari ini bagi menyelesaikan konflik perdagangan yang sedang hangat diperdebatkan.

Paras 1.2960 (S1) kini menjadi garisan support terhampir, dan jika berjaya ditembusi harga akan terus jatuh ke paras 1.2890 (S2) dan 1.816 (S3)

Bagi resistance pula, berikut merupakan garisan yang perlu diperhatikan 1.3040 (R1), 1.3060 (R2) dan 1.3130 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: