USD/CAD Jatuh, Harapan Rusia Melanjutkan Pemotongan Output Mengukuhkan Harga Minyak Pada Minggu Ini

USD/CAD Jatuh, Harapan Rusia Melanjutkan Pemotongan Output Mengukuhkan Harga Minyak Pada Minggu Ini

Prestasi pasaran minyak terus mempengaruhi pergerakan USD/CAD dalam keadaan ketiadaan data makro yang signifikan pada hari Jumaat. Momentum pemuli

Parti Konservatif Masih Dihadapan, Politik UK Terus Mendominasi Pergerakan GBP/USD
USD/JPY ‘Pullback’ Daripada Paras Tertinggi Namun Bias Kekal ‘Bullish’

Prestasi pasaran minyak terus mempengaruhi pergerakan USD/CAD dalam keadaan ketiadaan data makro yang signifikan pada hari Jumaat.

Momentum pemulihan harga minyak melemah pada hari Khamis lalu selepas kebimbangan terhadap risiko wabak coronavirus memuncak dengan kemunculan angka kes jangkitan dan kematian yang terbaru.

Selain itu, Presiden Rusia Vladimir Putin juga masih belum mengesahkan apakah Rusia akan terus terlibat dengan gabungan OPEC+ untuk memotong sejumlah 600,000 tong minyak sehari (bdp).

Namun begitu, syarikat-syarikat minyak di Rusia dilaporkan telah memberi isyarat sokongan yang kuat untuk bersama-sama melanjutkan pemotongan output, sekali gus mendorong lompatan dan pemulihan harga minyak pada hari ini.

Kontrak minyak WTI sehingga jam 10.25 malam telah melonjak naik ke paras tertinggi bulanan sekitar $52.14 setong manakala minyak Brent pula didagang tinggi pada harga $57.41, meningkat lebih $1.00

Dolar Kanada atau loonie juga bergerak selari dengan peningkatan harga minyak dengan USD/CAD menyusut 0.24% kepada $1.3239

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: