US$5 Billion Dalam 15 Minit, Alibaba Pecah Rekod Jualan 11.11

US$5 Billion Dalam 15 Minit, Alibaba Pecah Rekod Jualan 11.11

Selepas 24 jam beropersi, Alibaba Group berjaya meraih US$25.3 billion (168.2 billion yuan) dalam gross merchandise volume (GMV) sempena festival beli

Ucapan Carney Lonjakkan Pound
Preview News Penting Buat EUR & USD: 23/07/2018

Selepas 24 jam beropersi, Alibaba Group berjaya meraih US$25.3 billion (168.2 billion yuan) dalam gross merchandise volume (GMV) sempena festival beli belah online tahunan (Single Day), dengan rekod jualan tahunan setinggi 39%.

Syarikat gergasi e-dagang daripada China ini telah berjaya memproses 256,000 transaksi per saat pada waktu puncak. Alibaba Cloud turut berjaya memproses 325,000 tempahan sesaat. Antara kejayaan yang membanggakan Jack Ma, Founder Alibaba kali ini adalah hasil kutipan sebanyak US$5 billion selepas 15 minit festival dilancarkan.

90% transaksi GMV telah dilakukan melalui telefon bimbit. Secara keseluruhannya Alibaba telah memproses 1.48 billion pembayaran dengan transaksi daripada 225 buah negara dan 812 juta penghantaran melalui syarikat rangkaian logistik mereka, Cainiao Network.

Jepun, US, Australia, Jerman dan Korea Selatan antara penyumbang utama dengan hasil jualan tertinggi ke dalam negara China sempena Single Day tahun ini.

Single Day mendapat nama daripada tarikh 11 November atau 11.11 yang menjadi hari sambutan di kalangan orang muda yang masih bujang di China, dan dikatakan mula diperkenalkan di Universiti Nanjing pada tahun 1993.  Alibaba telah menukarkan hari tersebut menjadi hari festival membeli belah terbesar dalam industri e-commerce mengalahkan jualan Black Friday.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: