Ungkapan ‘Production Cut’ OPEC Mengelirukan, Spekulasi Pemotongan Output Yang Lebih Besar Diragui

Ungkapan ‘Production Cut’ OPEC Mengelirukan, Spekulasi Pemotongan Output Yang Lebih Besar Diragui

Mesyuarat OPEC dan sekutunya kini hanya berbaki satu bulan dan perbahasan mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan telah pun memberi kesan kepada harg

Harga Minyak RON95 dan RON97 Naik 2-3 Sen Tengah Malam Ini
Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 05/02/2019

Mesyuarat OPEC dan sekutunya kini hanya berbaki satu bulan dan perbahasan mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan telah pun memberi kesan kepada harga minyak.

Kedua-dua kontrak minyak Brent dan WTI menyusut hampir 1.5% pada pertengahan 6 November yang llau, didorong oleh laporan yang mengatakan OPEC berkemungkinan akan menolak cadangan untuk mengenakan pemotongan output yang lebih besar.

Persoalan mengenai pemotongan melebihi quota semasa timbul selepas Setiausaha Agung OPEC Mohammed Barkindo pada awal Oktober yang lalu mengatakan bahawa cadangan tersebut akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang akan datang.

Spekulasi kemudiannya semakin kukuh dipandu oleh ulasan menteri tenaga Saudi yang baru, Putera Abdulaziz Salman pada 29 Oktober dengan menyebut kesediaan Arab Saudi untuk menurunkan pengeluaran mereka pada jumlah yang lebih besar.

Malah beberapa hari yang lalu, menteri minyak Iran Bijan Zangeneh turut menjelaskan bahawa isu pemotongan bekalan yang lebih dalam akan menjadi agenda pada pertemuan OPEC bulan hadapan.

Sebahagian besar penganalisis walau bagaimanapun masih meragui jangkaan tersebut kerana yakin majoriti pengeluar OPEC tidak akan bersetuju dengan pemotongan output yang melebih quota semasa.

Oleh itu, ungkapan mengenai ‘production cuts’ menjelang mesyuarat bulan Disemberh hadapan perlu diberikan penilitian yang lebih berhati-hati.

Pada hari Rabu yang lalu, Putera Abdulaziz menegaskan bahawa beliau akan menggesa ahli OPEC untuk berusaha mengurangkan jumlah bekalan minyak dipasaran dengan mengarahkan supaya Iran dan Nigeria mematuhi quota output yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, kenyataan diatas secara teknikal tidak menunjukkan keperluan untuk OPEC mengubah quota pengeluaran, akan tetapi lebih kepada mengarahkan negara-negara pengeluar untuk meningkatkan kadar pematuhan had pengeluaran minyak yang telah disepakati.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: