Ulasan Pra BOE “Super Thursday” – Apa Yang Anda Harus Perhatikan?

Ulasan Pra BOE “Super Thursday” – Apa Yang Anda Harus Perhatikan?

Kenyataan hawkish Carney dan beberapa ahli MPC yang lain di dalal beberapa siri sidan akhbar pada bulan lalu telah banyak menyokong Pound untuk melonj

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Kenyataan hawkish Carney dan beberapa ahli MPC yang lain di dalal beberapa siri sidan akhbar pada bulan lalu telah banyak menyokong Pound untuk melonjak pulih berbanding matawang utama dunia yang lain. Ini berikutan keputusan undian MPC pada bulan Jun yang menyaksikan 3 ahli MPC telah mengundi untuk kenaikan kadar faedah.

Pada malam nanti jam 7 malam, minit mesyuarat BOE dan keputusan undian kadar faedah akan diterbitkan kemudian diikuti oleh ucapan daripada Gabenor BOE, Mark Carney. Sementara bekas Timbalan Gabenor BOE, Sir John Gieve berpendapat kenaikan kadar faedah mungkin akan berlaku pada hari ini, majoriti berpendapat sebaliknya.

Majoriti berpendapat tiada kenaikan kadar faedah pada kali ini, namun perkara berikut bakal menjadi tumpuan dan sentimen penggerak pasaran pada malam nanti :

Komposisi Undian MPC

Jangkaan pecahan undi pada kali ini adalah 6-2; tidak menyokong-menyokong. Jika berlaku sekali lagi kejutan undian 5-3, maka ianya adalah bullish bagi Pound. Manakala jika keputusan undian adalah 7-1, ianya adalah isyarat kepada bearish bagi Pound.

Quarterly Inflation Report (QIR)

Jangkaan dan pandangan MPC terhadap pertumbuhan GDP dan inflasi – sebarang tona positif akan melonjakkan Pound dan begitu pula sebaliknya. Frasa atau struktur ayat seperti ‘growth downgrade’ atau ‘unchanged inflation forecast’ adalah isyarat kepada bearish bagi Pound.

Ucapan Mark Carney

Ucapan Mark Carney adalah 30 minit selepas terbitan data. Jadi ucapan beliau mampu untuk menambah momentum atau mungkin sahaja menterbalikkan pergerakan pasaran sebelum itu. Dalam ucapan yang sama, jika Carney kurang menekankan tentang pengakhiran stimulus BOE pasca Brexit, ianya juga mampu untuk mencetus jualan terhadap Pound.

Kombinasi penurunan gred pertumbuhan GDP dan tatkala inflasi sedikit menyusut daripada 2.9% kepada 2.6% hanya akan menyulitkan BOE untuk menaikkan kadar faedah pada kali ini. Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi telah mula perlahan manakala perbelanjaan pengguna dan jualan runcit pula menunjukkan tanda-tanda pelemahan.

Melihat secara keseluruhan, ianya adalah bukan hari yang baik untuk Pound tetapi tidak mustahil untuk Pound melonjak juga!

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: