UK & Sepanyol Gagal Mencapai Kesepakatan, GBP/USD Kembali Ke Zon Negatif

UK & Sepanyol Gagal Mencapai Kesepakatan, GBP/USD Kembali Ke Zon Negatif

Pound kembali didagang rendah pada hari Jumaat didorong oleh laporan yang mengatakan bahawa Sepanyol dan UK tidak berjaya mencapai kesepakatan berkena

Emas Ambil Peluang Atas Pengunduran Dollar
Dollar-Loonie Jadi Tumpuan Hari Ini

Pound kembali didagang rendah pada hari Jumaat didorong oleh laporan yang mengatakan bahawa Sepanyol dan UK tidak berjaya mencapai kesepakatan berkenaan Gibraltar selepas UK keluar daripada EU.

GBP/USD jatuh -0.31% ke paras 1.2837 setakat jam 11.20 malam.

PM Sepanyol Pedro Sanchez berkata, “Kerajaan saya akan sentiasa mempertahankan kepentingan Sepanyol”.

Sepanyol sebelum ini telah memberi amaran untuk mengenakan veto ke atas syarat perjanjian Brexit yang akan diundi pada hari Ahad sekiranya kedua-dua negara tersebut tidak berjaya mencapai kesepakatan tentang persempadanan di zon UK.

Mereka menggesa untuk UK memberi penyelesaian terhadap nasib pekerjan Sepanyol yang terpaksa berulang-alik merentasi sempandan setiap hari selepas Brexit dikuatkuasakan.

Euro juga didagang rendah apabila terdapat isyarat yang lebih kuat menunjukkan pertumbuhan ekonomi zon Eropah bergerak semakin perlahan.

Hasil tinjauan Markit menunjukkan PMI sektor perkhidmatan dan pembuatan di zon Eropah bergerak lebih perlahan dengan bacaan indeks jatuh lebih rendah daripada ramalan.

Angka tersebut membimbangkan bank pusat eropah (ECB) yang dijangka akan menamatkan program pembelian aset pada bulan hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama naik 0.16% kepada 97.74 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: