‘Tweet’ Trump Lemahkan Keyakinan Pelabur Untuk Melihat Konflik Perdagangan AS-China Diselesaikan

‘Tweet’ Trump Lemahkan Keyakinan Pelabur Untuk Melihat Konflik Perdagangan AS-China Diselesaikan

Dollar kembali ke zon positif pada hari Rabu berbanding matawang utama yang lain berikutan permintaan aset berisiko semakin lemah. Pound pula dalam

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017
Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016

Dollar kembali ke zon positif pada hari Rabu berbanding matawang utama yang lain berikutan permintaan aset berisiko semakin lemah.

Pound pula dalam keadaan bertahan dengan GBP/USD kekal positif di paras 1.2738, naik 0.17% dengan perdebatan pelan Brexit di dalam parlimen masih berjalan.

Saham Wall Street pada hari Selasa lalu jatuh akibat beberapa siri tweet Presiden AS Donald Trump yang melemahkan keyakinan pelabur untuk melihat penyelesaian konflik perdagangan AS-China dalam tempoh 90 hari seperti yang dipersetujui.

Trump memberi amaran untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas China secepat mungkin melainkan China menurunkan harga barangan mereka.

Kenyataan Trump telah menimbulkan semula kebimbangan pasaran terhadap outlook pertumbuhan global yang semakin perlahan sejak penambahan tarif dikuatkuasakan.

Selain itu, kebimbangan pasaran bon AS yang menunjukkan isyarat bahawa kemelesetan bakal berlaku turut menekan sentimen pasaran.

Dalam keadaan risk-off masih menguasai sentimen, permintaan dollar terus meningkat berbanding kesemua matawang lain kecuali pound.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kekal positif di paras 97.01 setakat jam 6.23 petang.

Volume dagangan pada hari dijangka kekal rendah berikutan pasaran AS tutup sempena memperingati kematian bekan Presiden AS George H.W. Bush.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: