Trump & Xi Setuju Menangguhkan Serangan Tarif, Bullish Gap USD/JPY Menambahkan Jurang

Trump & Xi Setuju Menangguhkan Serangan Tarif, Bullish Gap USD/JPY Menambahkan Jurang

USD/JPY di awal pembukaan pasaran hari Isnin didagang sekitar 108.47, melonjak naik daripada penutupan harga minggu lalu 107.91, didorong oleh lapora

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
Trump Mungkin Kehilang Export Minyak Bernilai $1 Billion Sebulan Dengan Tarif Terbarunya. Harga Minyak Terus Merosot .

USD/JPY di awal pembukaan pasaran hari Isnin didagang sekitar 108.47, melonjak naik daripada penutupan harga minggu lalu 107.91, didorong oleh laporan bahawa Beijing dan Washington bersetuju menangguhkan sebarang serangan tarif.

Secara asasnya, Trump dan Xi bersetuju untuk mengulangi semula rundingan disamping menghentikan ancaman tarif.

Walau bagaimanapun, isu seperti hak harta intelek dan pemindahan teknologi masih kekal menjadi titik perbalahan.

Trump menyebut sebarang tindakan ke atas perdagangan akan dihentikan seketika, namun tentang Huawei belum ada perjanjian yang pasti.

Menurut Trump, perbincangan mengenai isu Huawei berkemungkinan dijalankan pada 2 Julai, mengisyaratkan peluang untuk penilaian semula sekatan yang sedang dijalankan.

Secara keseluruhannya, berita tentang perkembangan hubungan AS-China dijangka terus menjadi pemandu kepada sentimen pasaran minggu ini.

Selain itu, data NFP dan perkembangan daripada Fed juga akan memainkan peranan yang kritikal bagi membentuk pergerakan Yen yang lebih jelas.

Pembetulan USD/JPY di atas 108.60 meningkatkan potensi untuk pasangan matawang ini menguji zon resistance di paras 109.00

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: