Trump Ubah Rentak, Punca Greenback Pulih

Trump Ubah Rentak, Punca Greenback Pulih

Kemenangan parti Demokrat di dewan rakyat pada pilihan raya pertengahan penggal semalam telah menyebabkan dollar tutup rendah berbanding kesemua mataw

Preview News Penting Buat EUR & USD: 26/10/2018
Penangan Itali, EUR/USD Turun Menguji Support 1.1700

Kemenangan parti Demokrat di dewan rakyat pada pilihan raya pertengahan penggal semalam telah menyebabkan dollar tutup rendah berbanding kesemua matawang utama yang lain.

Satu-satunya matawang yang merekodkan prestasi lebih buruk berbanding greenback adalah yen Jepun, ditekan oleh mood risk-on yang kembali menguasai pasaran.

Walau bagaimanapun, satu kesimpulan yang salah jika mengambil faktor kemenangan parti Demokrat untuk terus menjual dollar kerana sell-off dilihat hanya berlaku pada sesi dagangan Eropah yang lalu.

Dollar kembali didagang tinggi sepanjang sesi dagangan NY semalam manakala hasil bon dan saham ekuiti bertukar positif.

Kebanyakkan pelabur melihat pecahan di Kongres akan menyekat segala usaha politik Trump dan membenam matawang dollar.

Akan tetapi penguasan Demokrat di dewan rakyat telah menyebabkan Presiden Trump mengubah corak dan nada beliau.

Menerusi sidang media di White House, Trump berkata, “Beliau berhadap dapat bekerjasama dengan demokrat pada tahuna hadapan untuk terus berkhidmatan untuk rakyat Amerika, termasuk pertumbuhan ekonomi, infrastruktur, perdagangan dan menurunkan kos perubatan”.

Tambah beliau, “Demokrat akan datang kepada kami dengan pelan berkenaan infrastruktur, pelan kesihatan, atau apa sahaja pelan yang berada di dalam perhatian mereka dan rundingan akan dibuat bersama”.

Pasaran menyambut baik kesediaan Trump untuk mengikat sebarang perjanjian bersama Demokrat.

Kita akan melihat lebih banyak sikap kerjasama daripada presiden dan parti Demokrat kerana mereka saling mengiktiraf kuasa masing-masing yang mampu meluluskan atau menyekat daripada dilaksanakan sebarang perubahan dasar.

Melihat kepada perkembangan di bank pusat, Fed tetap akan meneruskan peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur dan Demokrat dilihat tidak akan menjadi penghalang kepada perlaksanaan tersebut.

Di awal penguasaan Demokrat, kita akan melihat lebih banyak kenyataan yang mengkritik keputusan pentadbiran yang lalu, namun hal ini akan berubah dari semasa ke semasa sehingga mereka berada di satu landasan yang sama

Dalam tempoh masa terdekat, reaksi positif daripada keputusan pilihan raya semalam telah mengukuhkan lagi kedudukan dollar menjelang pengetatan dasar Fed yang dijangka akan dikuatkuasakan pada bulan Disember hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: