Trump Semarakkan Api Permusuhan Dengan Iran, Pasaran Minyak Masih Punyai Alasan Untuk Kekal Bullish

Trump Semarakkan Api Permusuhan Dengan Iran, Pasaran Minyak Masih Punyai Alasan Untuk Kekal Bullish

Presiden Trump menerusi Twitter mengancam Iran dengan berkata, "Jika Iran ingin berperang, secara rasmi ianya adalah penamat bagi mereka". Membala

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017
Euro Menuju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Empat Bulan Yang Lalu

Presiden Trump menerusi Twitter mengancam Iran dengan berkata, “Jika Iran ingin berperang, secara rasmi ianya adalah penamat bagi mereka”.

Membalas ancaman tersebut, Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pula berkata, “Jangan sesekali mengancam orang Iran. Cuba menghormati, ia lebih berkesan!”.

Trump cuba untuk menghantar mesej yang bercampur menerusi wawancara bersama Fox News pada hari Ahad lalu.

Beliau berjanji untuk menghalang Iran daripada membina senjata nuklear namun tidak menginginkan sebarang konflik.

“Saya bukanlah orang yang inginkan peperangan, kerana perang merosakkan ekonomi, dan yang paling penting membunuh manusia”, jelas Trump.

AS telah mengetatkan sekatan ekonomi ke atas Iran sehingga menganggu pengeluaran dan bekalan pasaran minyak global.

Pasaran melonjak 1% pada pembukaan pasaran minggu ini dengan fokus tertumpu kepada pertemuan OPEC dan sekutunya pada bulan Jun hadapan.

Pergerakan naik turun harga minyak mengisyaratkan bahawa para pengeksport minyak terbesar dunia berada dalam keadaan berbelah bahagi untuk terus menghadkan pengeluaran atau sebaliknya.

Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata adanya sokongan untuk melanjutkan perjanjian pemotongan.

Namun Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak tidak bersetuju kenyataan tersebut dan mengatakan mereka masih meninjau pilihan-pilihan yang lain.

Secara keseluruhan, harga minyak masih disokong kuat oleh ketegangan geopolitik yang berpunca daripada sekatan AS ke atas ekonomi Iran.

Sehingga jam 7 pagi, futures minyak telah naik lebih 35% pada tahun ini dengan WTI didagang sekitar $63.41 setong manakala minyak antarabangsa Brent berada di paras $72.09 pertong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: