Trump Sekat 3 Negara, Indeks USD Melonjak Naik Melebihi Paras 96.00

Trump Sekat 3 Negara, Indeks USD Melonjak Naik Melebihi Paras 96.00

Penjualan berterusan matawang tunggal euro pada hari terakhir dagangan minggu ini telah menghambat jatuh EUR/USD lebih 100 pips. EUR/USD kini didag

Permintaan Emas Meningkat Disebab Oleh Ketegangan Dagangan Antara China Dan AS
Harga Minyak Kekal Di Zon Tertinggi Menjelang Laporan Baker Hughes

Penjualan berterusan matawang tunggal euro pada hari terakhir dagangan minggu ini telah menghambat jatuh EUR/USD lebih 100 pips.

EUR/USD kini didagang sekitar 1.1420, susut -0.94% setakat jam 9.45 malam.

Selain daripada kelemahan euro, faktor utama yang mendorong penurunan pasangan matawang ini ke zon negatif adalah pengukuhan sentimen greenback disokong oleh laporan CPI yang melebih ramalan.

Bacaan indeks CPI dan CPI Teras pada bulan Julai meningkat 0.2% selari dengan jangkaan, manakala kadar CPI Teras dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) bergerak lebih cepat berbanding jangkaan, naik daripada 2.3% kepada 2.4%.

Tambahan pula, ketegangan hubungan perdagangan AS-China serta ketidaktentuan geopolitik yang semakin hangat selepas AS mengenakan sekatan ke atas Russia, Iran dan Turki turut meningkatkan permintaan dollar.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain naik 0.69% ke paras 96.12

Penutupan di bawah 1.1430 akan mengekalkan bearish EUR/USD dan membuka peluang pasangan matawang ini menguji harga 1.1375 dan 1.1310.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: