Trump Salahkan Dasar Fed Sebagai Punca Yang Telah Menghadkan Pertumbuhan Ekonomi & Saham

Trump Salahkan Dasar Fed Sebagai Punca Yang Telah Menghadkan Pertumbuhan Ekonomi & Saham

Pergerakan pasaran ekuiti global membisu pada hari Isnin selepas saham berjaya mencatat peningkatan ke paras tertinggi enam bulan yang lalu. Pasar

Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016
Bancian Potongan Kadar Faedah BOE

Pergerakan pasaran ekuiti global membisu pada hari Isnin selepas saham berjaya mencatat peningkatan ke paras tertinggi enam bulan yang lalu.

Pasaran kewangan utama hanya dibuka selama empat hari pada minggu ini, akan ditutup pada hari Jumaat sempena sambutan Good Friday dan juga akan ditutup pada hari Isnin minggu hadapan sempena sambutan hari Easter.

Beberapa barisan data yang penting serta laporan pendapatan syarikat suku tahun pertama menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini.

Selain itu, perhatian juga diberikan kepada perkembangan di China berikutan pemilik ekonomi kedua terbesar didunia ini akan menjadi negara pertama yang memaparkan angka pertumbuhan Q1 mereka.

Presiden AS Donald Trump pada hujung minggu lalu sekali lagi menyerang dasar kewangan Fed, mendakwa peningkatan kadar faedah dan ‘pengetatan’ kuantitatif menjadi punca yang telah menghadkan peningkatan saham dan pertumbuhan ekonomi.

Menerusi Twitter, Trump menyebut, “Jika Fed lakukan kerja mereka dengan betul, yang mana tidak, pasaran saham akan meningkat sekitar 5,000 sehingga 10,000 mata tambahan dan GDP akan melebihi 4%”.

Presiden ECB Mario Draghi pada hari Sabtu menyatakan sokongan beliau terhadap pendekatan Fed.

Selepas beberapa siri kritikan Trump ke atas Fed dikeluarkan, Draghi menyuarakan kebimbangab beliau terhadap kebebasan bank pusat AS terutamanya sebagai satu bidang kuasa paling utama didunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: