Trump: Perjanjian Perdagangan AS-China Mungkin Diumumkan Dalam Masa 4 Minggu

Trump: Perjanjian Perdagangan AS-China Mungkin Diumumkan Dalam Masa 4 Minggu

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengatakan bahawa perjanjian perdagangan bersama China semakin hampir dan mungkin akan diumumkan dalam masa

Ulasan Pound Pembukaan Bulan Oktober
Pasaran Akan Terus Menyokong Peningkatan Harga Minyak?

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengatakan bahawa perjanjian perdagangan bersama China semakin hampir dan mungkin akan diumumkan dalam masa empat minggu.

Namun Trump memberi amaran bahawa sukar untuk AS meneruskan perdagangan bersama China jika isu-isu yang berbaki tidak dapat diselesaikan.

Menerusi wawancara di White House sebelum memulakan mesyuarat bersama Timbalan PM China Liu He, Trump berkata sebahagian besar syarat-syarat sukar perjanjian telah dipersetujui, akan tetapi masih terdapat perbezaan untuk diselesaikan.

“Perjanjian mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi untuk berlaku. Saya fikir hal ini adalah sangat baik bagi kedua-dua negara”, jelas Trump serta menambahkan bahawa beliau bersedia untuk mengadakan persidangan bersama Presiden China Xi Jinping jika draf perjanjian disepakati.

Tambah Trump, “Saya akan katakan bahawa kita akan mendapat jawapan dalam masa empat minggu”.

China dan AS dalam proses rundingan yang lebih mendalam bagi menamatkan perang perdagangan yang telah berlansung berbulan-bulan lamanya.

Trump walau bagaimanapun enggan mengulas apakah yang akan terjadi kepada tarif AS yang bernilai $250 billion jika perjanjian termeterai.

Apabila ditanyakan apakah faedah perjanjian ini kepada China, Trump berkata China “akan terus berdagang dengan AS. Jika tidak adalah sukar untuk kami teruskan perdagangan ini”.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Banci AS, dagangan yang berlaku antara AS dan China bernilai $660 billion pada tahun lalu, $540 billion merupakan import daripada China sementara $120 billion adalah hasil eksport kepada China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: