Trump: Perjanjian Dengan China Tidak Boleh 50-50

Trump: Perjanjian Dengan China Tidak Boleh 50-50

Presiden Trump mengatakan bahawa tarif yang beliau perkenalkan ke atas barangan China telah menyebabkan syarikat-syarikat mula memindahkan sektor pen

AUDUSD Tertekan Pelemahan Bijih Besi
Preview News Penting Untuk GBP & USD: 22/11/2017

Presiden Trump mengatakan bahawa tarif yang beliau perkenalkan ke atas barangan China telah menyebabkan syarikat-syarikat mula memindahkan sektor pengeluaran mereka daripada China ke Vietnam dan negara Asia yang lain.

Menerusi wawancara bersama Fox News Channel yang bersiaran pada hari Ahad lalu, Trump mengatakan, “Perjanjian perlu kukuh, kami setuju namun mereka mengubahnya, jadi saya katakan baik, kami akan tarif barangan mereka”

Kritikan ini dikeluarkan kerana China ingin mengubah beberapa butiran perjanjian yang telah disepakati sepanjang proses rundingan.

Membalasa kritikan tersebut, China mula mengubah nada mereka dengan mengatakan sasaran untuk menamatkan perang perdagangan dalam masa terdekat mungkin tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, Trump yakin bahawa China akan segera mendapatkan perjanjian bersama Amerika kerana “mereka akan musnah dengan serangan tarif, sepenuhnya”.

Pada sesi wawancara yang lain, Trump mengatakan bahawa beliau senang untuk terus mengenakan tarif ke atas produk China kerana AS akan memperoleh hasil $100 billion atau lebih daripada cukai tersebut.

Berdasarkan laporan Reuters, tiada rundingan baru diteruskan oleh pegawai-pegawai peringkat tertinggi sejak sesi pertemuan 10 Mei yang lalu, hari yang sama Trump mengumumkan penambahan tarif ke atas barangan China yang bernilai $200 billion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: