Trump & Pagar: 4 Peringkat Perlu Dilalui Sebelum Kerajaan AS Ditutup Semula Pada Hari Sabtu

Trump & Pagar: 4 Peringkat Perlu Dilalui Sebelum Kerajaan AS Ditutup Semula Pada Hari Sabtu

Tajuk-tajuk politik terus menjadi tumpuan pada minggu ini terutamanya dengan pembuat dasar Demokratik dan Republik dilaporkan berjaya memperoleh satu

Ketegangan Geopolitik & Mukadimah Perang Dunia Ke-3, Emas dan Yen Jadi Tumpuan
Kebimbangan Lebihan Bekalan Mengakibatkan Harga Minyak Mentah Susut.

Tajuk-tajuk politik terus menjadi tumpuan pada minggu ini terutamanya dengan pembuat dasar Demokratik dan Republik dilaporkan berjaya memperoleh satu perjanjian sementara ke atas pembiayaan keselamatan sempadan.

Laporan ini sekali gus mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap potensi berlakunya semula penutupan sebahagian agensi kerajaan AS yang akan bermula pada hari Sabtu hadapan.

Berdasarkan laporan Bloomberg, salah seorang ahli kongres mengatakan bahawa syarat perjanjian yang disepakati tidak memasukkan permohonan dana pembinaan tembok sempadan Trump yang bernilai $5.7 billion.

Namun begitu, perjanjian tersebut memasukkan sejumlah dana bernilai $1.375 billion bagi tujuan pembinaan pagar di sepanjang sempadan sejauh 55 batu di kawasan selatan AS.

Perkara ini diumumkan kurang daripada sejam sebelum Trump tiba di bandar El Paso Texas, bertemu penyokong-penyokong politik beliau.

Trump di hadapan para hadirin berkata bahawa beliau telah menerima khabar tentang perjanjian tersebut, namun masih belum mengetahui butirannya.

Beliau tidak menjelaskan sama ada akan meluluskan bill tersebut jika ianya berjaya melepasi peringkat kongres dan senat, akan tetapi mengulangi keperluan membinan tembok sempadan antara Mexico dan AS.

Kini bagi mengelakkan daripada penutupan kerajaan pada hujung minggu ini, empat peringkat perlu dilalui bermula dengan memasukkan syarat perjanjian ke dalam bentuk bill undang-undang, diluluskan oleh kedua-dua dewan (Kongres dan Senat) kemudian mendapatkan pengesahan Trump sebelum malam hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: