Trump Menggesa Fed Untuk Menurunkan Kadar Faedah Ke Paras ‘Kosong’ Atau Lebih Rendah

Trump Menggesa Fed Untuk Menurunkan Kadar Faedah Ke Paras ‘Kosong’ Atau Lebih Rendah

Presiden Trump pada hari Rabu menegaskan bahawa Fed sepatutnya menurunkan kadar faedah negara ke paras 'kosong' atau lebih rendah bagi membantu keraj

BOJ’s Sakurai : Mesyuarat Harga Tidak Memerlukan Langkah Yang Eksesif
USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

Presiden Trump pada hari Rabu menegaskan bahawa Fed sepatutnya menurunkan kadar faedah negara ke paras ‘kosong’ atau lebih rendah bagi membantu kerajaan membuat pembiayaan semula hutang dengan kadar faedah yang lebih rendah dengan tempoh matang yang lebih lama.

Namun Trump mengkritik Powell sebagai ketua bank pusat kerana gagal memanfaat ‘peluang sekali seumur hidup’ tersebut.

Menerusi tulisan yang dipaparkan menerusi laman Twitter, Trump mengatakan, “Kami mempunyai matawang yang terbaik, kekuasan dan penyata imbangan… AS sepatutnya membayar… kadar yang rendah. Tiada inflasi!”.

Trump telah berulang kali menyuarakan gesaan supaya Fed menurunkan kadar faedah lebih rendah serta mengkritik Powell kerana tidak mengambil tindakan yang drastik dan pantas yang mana berdasarkan penilaian beliau amat diperlukan bagi meransang pertumbuhan ekonomi.

“Hanya kerana kurangnya wawasan Jay Powell dan Fed yang tidak membenarkan kami (kerajaan AS) membuat apa yang sedang dilakukan oleh negara lain. Peluang sekali seumur hidup ini terlepas kerana mereka yang ‘Boneheads”, kritik Trump.

Pada hari Jumaat lalu, Powell mengatakan bahawa Fed akan bertindak sesuai dengan keadaan bagi mengekalkan perkembangan ekonomi negara dan faktor politik tidak akan dijadikan pertimbangan dalam proses keputusan bank pusat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: