Trump Kembalikan Optimis Pelabur Terhadap Isu Perdagangan, Permintaan Aset Safe Haven Merosot

Trump Kembalikan Optimis Pelabur Terhadap Isu Perdagangan, Permintaan Aset Safe Haven Merosot

Presiden AS Donald Trump berkata bahawa beliau bercadang untuk bertemu dengan Xi Jinping pada mesyuarat negara G-20 pada 28 dan 29 Jun hadapan. Ka

Preview NFP: ‘Price Action’ Memihak Kepada Data Pekerjaan Yang Kukuh
Kehangatan Perang Dagangan Meningkatkan Permintaan Yen .

Presiden AS Donald Trump berkata bahawa beliau bercadang untuk bertemu dengan Xi Jinping pada mesyuarat negara G-20 pada 28 dan 29 Jun hadapan.

Kata beliau, “Saya jangka pertemuan tersebut akan membuahkan hasil yang baik”.

Di samping itu, Trump meletakkan jangkaan bahawa hasil rundingan yang sedang berlansung dapat diumumkan dalam tempoh tiga atau empat minggu lagi.

Kerajaan China juga pada hari ini menyebut kedua-dua negara akan terus berunding, sekali gus melegakan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan hubungan perdagangan antara dua kuasa besar selepas Trump menguatkan kuasakan penambahan tarif pada minggu lalu.

Nada yang lebih optimis ini dikeluarkan walaupun Trump mengulangi ancaman beliau supaya Beijing tidak gopoh dengan tindak balas mereka.

“China boleh memberi tindak balas terhadap sebahagian tarif, namun ianya tidak boleh begitu ketara”, jelas Trump.

Beijing pada hari Isnin lalu mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan duti import ke atas barangan AS yang bernilai $60 billion sebagai serangan balas atas penambahan tarif yang dikenakan.

Pejabat Wakil Perdagangan AS pula membentangkan cadangan senarai produk import China yang ingin dinaikkan tarif kepada 25%, bernilai $300 billion.

Pemulihan sentimen pada hari ini telah mengecilkan permintaan aset-aset safe haven dengan yen dan swiss franc berundur daripada paras tertinggi berbanding dollar.

Sementara itu, futures emas juga jatuh ke bawah harga $1,300 menamatkan peningkatan tiga hari berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: