Trump: ‘Kegilaan’ Fed Punca Kejatuhan Medadak Saham Wall Street, Harga Emas Meroket

Trump: ‘Kegilaan’ Fed Punca Kejatuhan Medadak Saham Wall Street, Harga Emas Meroket

Permintaan emas sebagai instrument safe haven terus meningkat pada hari Khamis didorong oleh penurunan dollar dan kejatuhan mendadak pasaran kewangan

Perjanjian NAFTA Penentu Kepada Tempoh Penyelesaian Konflik China & AS
USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/06-08/06/2018

Permintaan emas sebagai instrument safe haven terus meningkat pada hari Khamis didorong oleh penurunan dollar dan kejatuhan mendadak pasaran kewangan global.

Harga bagi pasaran niaga hadapan emas bulan Disember di Comex NYMEX melonjak $15.00 atau 1.27% kepada $1,208.50 per auns setakat jam 6.50 petang.

Penganalisis melihat para pelabur kini sedang mencari alternatif selain daripada pasaran ekuiti berikutan faktor paras hutang negara yang tinggi dan tekanan inflasi negara-negara membangun dilihat akan menyebabkan harga ekuiti meningkat ke paras yang lebih tinggi.

Dalam keadaan sell-off besar-besaran pasaran saham Wall Street sejak semalam sehingga memberi kesan kepada seluruh pasaran kewangan pada hari Khamis, kebanyakkan pelabur kini dilihat telah memindahkan peruntukan pelaburan mereka ke dalam emas.

Presiden AS Donald Trump pula meneruskan serangan beliau ke atas keputusan dasar Federal Reserve dan menyalahkan bank pusat sebagai punca kepada kejatuhan saham.

Beliau mengatakan, “Fed telah melakukan kesalahan kerana terlalu ‘ketat’, saya fikir Fed telah menjadi gila”.

Namun begitu Trump turut menjelaskan bahawa penurunan saham ini adalah ‘correction’ yang ditunggu-tunggu sejak dahulu, tetapi beliau tetap tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Fed.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: