Trump: China ‘Membunuh’ AS Dengan Perjanjian Yang Berat Sebelah

Trump: China ‘Membunuh’ AS Dengan Perjanjian Yang Berat Sebelah

Presiden AS Donald Trump pada hari Rabu berkata sikap keras beliau ke atas ekonomi dan dasar perdagangan China akan memberi manfaat kepada ekonomi AS

China: Tindakan Trump Racuni Suasana Rundingan
RM13.58 Juta Caruman KWSG Belum Ditutut Oleh 1,910 Bekas Guru

Presiden AS Donald Trump pada hari Rabu berkata sikap keras beliau ke atas ekonomi dan dasar perdagangan China akan memberi manfaat kepada ekonomi AS, walaupun Beijing mengatakan bahawa mereka akan membalas dengan memotong jualan bahan kimia yang digunakan bagi pembuatan iPhones dan bahan ketenteraan yang lain.

Ketegangan hubungan antara kedua-dua negara semakin hangat sejak beberapa hari yang lalu, bermula dengan pengumuman penambahan tarif 10% ke atas import China pada 1 September dan dakwaan AS ke atas China kerana memanipulasi matawang Yuan.

Tindakan dan kenyataan di atas telah menggegarkan pasaran kewangan dan meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap potensi kemelesetan global.

Hasil bon AS pada hari Rabu semakin merosot dengan hasil bon 30-tahun menghampiri paras terendah di dalam sejarah.

Selain itu, kerisauan ke atas kelembapan global turut mengembalikan jangkaan untuk Fed mengumumkan lebih banyak pemotongan kadar faedah di masa hadapan.

Trump mengatakan bahawa White House telah menjangkakan reaksi di atas, namun beliau tetap yakin dengan kekuatan ekonomi AS.

“Sememangnya, ia akan bergerak lebih tinggi daripada sepatutnya, kerana China seperti sauh bagi kami. China sedang membunuh kami dengan perjanjian perdagangan yang tidak adil”, jelas Trump.

White House menjangkakan para perunding China akan hadir ke Washington pada bulan September bagi sesi rundingan seterusnya, sekali gus berpotensi mengelak daripada penambahan tarif jika kemajuan positif terhasil daripada pertemuan tersebut.

Penganalisis seperti Goldman Sachs walau bagaimanapun bersikap pesimis dengan rundingan yang bakal berlansung.

Mereka tidak lagi meletakkan jangkaan bahawa AS dan China akan mencapai perjanjian sebelum pilihan raya presiden pada November 2020 kerana barisan protectionism sedang mempengaruhi pendekatan dasar bagi kedua-dua negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: