Trump Akan Campur Tangan Untuk Menurunkan Nilai Dollar?

Trump Akan Campur Tangan Untuk Menurunkan Nilai Dollar?

Komen Presiden Trump tentang dollar menjadi isu yang diperbahaskan pada minggu ini. Berdasarkan beberapa siri tweets, Trump dilihat menghangatkan

AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017
Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Komen Presiden Trump tentang dollar menjadi isu yang diperbahaskan pada minggu ini.

Berdasarkan beberapa siri tweets, Trump dilihat menghangatkan kritikan ke atas Fed dan nilai semasa dollar yang tinggi.

Isu yang menjadi kebimbangan adalah kemampuan Trump untuk campur tangan di dalam pasaran matawang melalui Jabatan Perbendaharaan, seperti yang telah dilakukan pada minggu lalu.

Trump menerusi laman Twitter telah memanggil China sebagai ‘pemanipulasi matawang’ yang kemudian dijadikan kenyataan rasmi oleh badan Perbendaharaan sehari selepas dakwaan tersebut dikeluarkan.

Perkara ini mengisyaratkan kebolehan Trump untuk campur tangan bagi menurunkan nilai dollar, namun sebahagian penganalisis melihat campur tangan tersebut hanya akan memakan diri.

Pengarah Urusan FX BK Asset Management, Kathy Lien berkata, antara alasan yang boleh digunakan Trump untuk menyusutkan nilai dollar adalah supaya eksport menjadi lebih murah dan keuntungan asing bagi syarikat Amerika akan meningkat di dalam dollar.

Namun campur tangan tersebut akan melonjakkan harga dan volatiliti, sekali gus menyukarkan Fed untuk membuat keputusan selanjutnya.

Selain itu, keuntungan luar negeri yang meningkat akibat kelemahan dollar tetap berpotensi ditutupi oleh penilaian saham dan permintaan domestik yang rendah.

Tambahan pula, campur tangan kerajaan yang tidak bergerak selari dengan bank pusat akan menghasilkan impak yang negetif.

Secara keseluruhan, berdasarkan pergerakan semasa dollar dan saham AS, para pelabur dilihat tidak begitu bimbang dengan isu campur tangan ini kerana peluang yang tipis berikutan risiko yang terlalu tinggi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan dollar berbanding enam matawang lain sehingga jam 4.20 petang terus mendatar di zon terendah minggu ini sekitar paras 97.60 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: